Tuesday 3 December 2013

MAJLIS PENUTUPAN TAMU GADANG 2013

Rozman Isli mengetuk gong sebagai simbolik kepada Majlis Penutupan Tamu Gadang 2013 di Dewan Utama Kampus Antarabangsa Labuan, Labuan, Sabah, baru-baru ini.
LABUAN 19 Nov. - Mahasiswa diseru supaya sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan masyarakat setempat ketika masih berada di menara gading bagi melatih diri mengamalkan cara hidup sihat dalam bermasyarakat.
Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli berkata, mahasiswa wajar mencurahkan kemahiran, kebijaksanaan dan pengalaman mereka kepada masyarakat terutama dalam membentuk budaya atau gaya hidup ketimuran yang menjadi tunjang kepada perpaduan rakyat di negara ini.
Katanya, mencurahkan khidmat kepada masyarakat bukan terhad kepada golongan warga tua atau fakir miskin sahaja, tetapi boleh diperluaskan kepada golongan pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di daerah itu.
Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan menambah, ruang dan peluang yang terhidang untuk berbakti kepada masyarakat seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja oleh golongan mahasiswa.
"Saya berharap warga universiti akan sentiasa membabitkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan yang dianjurkan jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Penutupan Tamu Gadang 2013 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Dewan Utama UMSKAL, di sini baru-baru ini.
Yang hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah; Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Shariff Abdul Kadir Omang Al-Haj; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Mohd. Nadzri Osman; Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Mohd. Said dan Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.
Persembahan tarian murid Pra Sekolah Kebangsaan Sungai Lada berjaya menarik perhatian penonton dengan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan dalam majlis tersebut.
Kumpulan tarian itu turut mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke pertandingan tarian Pra Sekolah peringkat kebangsaan di Shah Alam, Selangor pada Oktober lalu.
Rozman berkata, beliau berbangga dapat menghadiri majlis seumpama itu sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap program pihak universiti sekali gus mampu mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin dengan warga UMSKAL.
Menurutnya, beliau akan terus memastikan hubungan baik itu berkekalan dan memberi manfaat kepada rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan selain akan terus membantu menjayakan program pihak universiti terutama yang membabitkan penduduk di 30 kampung di pulau bebas cukai itu.



NOR MUHAMMAD MUSTAQIM BIN YAACOB
BC12160218
LARIAN KONVO DI UMS

Sebahagian daripada peserta menyertai Larian Konvo UMS sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.
KOTA KINABALU 19 Nov. - Kehangatan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kini tinggal beberapa hari lagi semakin terasa.
Bagi menyemarakkan acara berprestij universiti itu, Majlis Kepimpinan Pelajar (MPP) menerusi kerjasama Pelajar Pengurusan Sains Sukan Tahun 2 dan Tahun 3 menganjurkan Larian Konvo UMS semalam sempena pengisian Tamu Gadang 2013 yang bermula Khamis ini.
Larian sejauh tujuh kilometer itu bermula dari Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan berakhir di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) UMS.
Seramai 245 peserta mengambil bahagian bagi merebut empat kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Sekolah Terbuka Lelaki dan Sekolah Terbuka Wanita.
Bagi kategori terbuka lelaki, Ruston Masri muncul johan mengetepikan pesaing terdekatnya, Frederic Herman di tempat kedua, manakala tempat ketiga milik Louis Muslin.
Kategori Terbuka Wanita pula menyaksikan Emily Singan terus gagah melangkah hingga ke garisan penamat untuk dinobatkan sebagai juara sekali gus menafikan harapan Chong Vun Lung yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, diikuti Dora Suan di tempat ketiga.
Johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250, RM150 dan RM80 beserta medal serta hamper.
Kategori Sekolah Terbuka Lelaki menyaksikan Jusli Jaiban dari Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) UMS muncul johan, diikuti Kenson Rubanjan dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) UMS di tempat kedua, manakala tempat ketiga pelajar SPKS, Samzah Lawis.
Bagi kategori Sekolah Terbuka Wanita pula menyaksikan pelajar SPKS sekali lagi mendominasi acara tersebut apabila pelajarnya, Hau Sui Chee dinobatkan sebagai juara bagi kategori berkenaan.
Naib johan disandang pelajar Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA) UMS, Au Hwi Ji dan tempat ketiga dimenangi Wann Huzida Roza Husin dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UMS.
Johan bagi kedua-dua kategori itu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1500, medal dan hamper, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM1000 dan RM500 berserta medal serta hamper.
Kejuaraan yang diperoleh dalam kategori Sekolah Terbuka Lelaki juga membolehkan SPPS membawa pulang Piala Pusingan Larian Konvo 2013.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Kediaman CD, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin yang mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md. Mansur.




 NOR MUHAMMAD MUSTAQIM BIN YAACOB
BC12160218

Monday 2 December 2013

KEREMAJAANKU

Keremajaanku dimamah waktu
Tiba masanya bangkit dari mimpi
Masa remaja tak lagi disini
Semuanya hanya memori
Bagaikan warna pelangi
Menghiasi hidupku

Pantas masa berlalu
Akan ku rakam pelangi hidupku
Abdi kegemilangku
Akan ku hias hidupku 
Seindah namaku



MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
( BC12160189 )

Sunday 1 December 2013

SENI TIDAK HARAM !!!!
Segelintir masyarakat mengagap seni itu haram adalah tidak benar kerana mereka fahaman mereka tidak terbuka. Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia cawangan Sabah, Tuan haji Ongki berkata, masyrakat tidak boleh menjadi doktor sendiri dengan mengatakan sesuatu perkara itu haram.
"Amalan individu terhadap seni membuatkan seni itu menjadi haram. Sebagai bukti, seandainya seni muzik mampu melalikan seseorang, maka haramlah seni muzik tersebut untuk didengar." Tambahanya.
 Beliu berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel pada satu majlis ilmu Dialog Orang Seni (DOS) yang membawa tajuk "HARUSKAN SENI" di Theatrette Ahamad Nesfu, Sekolah Pengajian Seni (SPS) UMS baru baru ini.
Mengikutnya lagi, seni sebernaynya boleh menjadi medium menyampaikan dakwah kepada masyarakat dengan mengambil contoh penyanyi remaja tanah air, Najwa Latif yang banya menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan dan nilai pembangunan insan.
 Beliu menambah, seni tidak boeh diukur dengan mengaikatan aspek seni mus=zik atau tarian semata-mata. Katanya,penulisan,kaligrafi,penulisan kreatif dan sebagainya juga adalah satu bentuk seni yang terbelakan dan kurang ditonjolkan oleh masyrakat itu sendiri.
Sementra itu,seorang lagi ahli panel dialog tersebut,penyarah Universitu Teknologi Mara (UiTM ) Cawngan Sabah, progf, Madya Dr Suwaidi Tapah menjelaskan bahawa setiap manusia mempunyai aspek seni yang mengalir dalam darah dan terpulang kepada individu tersebut sama ada mahu memanfaatkan atau sebalikany. Mengikutnya dalam islam seni haruslah berpasikan tiga perkara,iaitu nilai akidah, estetika dan etika
“Menurut ahli falsafah Islam terkenal, Al Farabi, seni adalah satu keindahan, begitu juga mengamalkannya dengan cara baik. Sebagai contoh, membina rumah menghadap kiblat bukanlah wajib tetapi adalah salah satu aspek seni yang indah,” katanya.
Lebih 150 pelajar hadir pada dialog anjuran kumpulan pelajar subjek Resital II dengan kerjasama Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), SPS, UMS. Dialog tersebut dikendalikan oleh pensyarah SPS yang bertindak sebagai moderator, Sharifuddin Zainal bagi membuka minda pelajar agar tidak terlalu jumud dengan seni. 







ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI

BC1210183
TAMU GADANG UMS DATANG LAGI !!!!

Pengajuran Tamu Gadang yang menjadi salah satu kompenan penting dalam Majlis Konvekesyen Univesiti Malaysia Sabah UMS kini kembali menemui warga masyrakat kahasanya di Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti yang menarik diselitkan pada setiap hari selama pegajuran Tamu Gadang bagi menarik lebih ramai pengunjung dari kalangan warga kampus dan penduduk setempat.
Seorang pemilik gerai ketika ditemu bual Siti Zarainah Syafie ketika ditemui berkata pengajuran Tamu Gadang membuka rung dan peluag yang luas untuk para peniaga memperkenalkan dan menjual produk-produk mereka.

"Sebagai salah seorang peniaga, saua amat teruja setiap kali Majlis Konvekesyen UMS diadakan . Pengajuranya setiap tahun ditinggu oleh lami. Para peniaga dan juga para pengunjung " Katanya.
 Beliau berpendapat acara Tamu Gadang ini akan meriah dan mendapat sambutan luar biasa sekiranya acara tersebut dimasukkan dalam kelendar acara pelancongan Sabah.

 Majlis Tamu gadang itu juga menjemput artis-artis tanah air yang terkenal bagi memeriahkan tamu gadang. Antara artis- artis yang turut hadir ialah, Azlan, Ana rafali. Velvet AF 4 , Felix AF 3 ,Akim AF 7 ,Heliza AF5 dan ramai lagi. Kehadiran mereka menyebabkan penonton semakin ramai membanjiri tamu gadang untuk melihat artis-artis pujaan mereka.
Pengajuran Tamu Gadang Pada tahun ini bermula pada 21 November sehingga 25 november 2013.









ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI

BC12110183
SERAMAI 4553 ORANG PELAJAR BERJAYA GRADUAN UMS PADA MAJLIS KONVOKESYEN KE 15

Seramai 4,553 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraihkan pada Majlis Konvokesyen ke-15 yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin yang juga Canselor UMS menyampaikan ijazah kepada 447 graduan pada sidang pertama pagi tadi, manakala sebanyak 452 graduan menerima ijazah daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman merangkap Pro-Canselor UMS pada sidang kedua, di sebelah petang.
Selebihnya akan menerima ijazah masing-masing pada sidang ketiga hingga keenam yang bersambung esok dan berakhir pada Isnin.
Semasa merasmikan sidang pertama hari ini, Tun Hj. Juhar berkata, gelanggang persaingan yang ada di depan mata hendaklah diisi dengan keyakinan, pengetahuan dan kemahiran. Katanya, banyak usaha telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan dan universiti-universiti awam dengan memberi penekanan dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dengan memperhebatkan lagi program-program bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah.
“Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah kemahiran insaniah. Saya percaya, kemahiran insaniah adalah antara isu yang menjadi fokus utama dalam pengajian di universiti-universiti tempatan, sama ada secara langsung ataupun tidak,” ujarnya lagi.
Menurut beliau lagi, situasi global pasaran kerja pada masa kini memperlihatkan para majikan bukan sahaja memerlukan pekerja yang mempunyai kelayakan akademik semata-mata, bahkan menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, menyelesaikan masalah, kepemimpinan, pengurusan selain bijak dan memiliki kebolehan berfikir, bertindak secara tuntas, pantas dan praktikal.
Konvokesyen kali ini turut menyaksikan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan) di samping penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada bekas Naib Canselor UMS, Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin. Turut mendapat gelaran Profesor Emeritus ialah bekas Pensyarah Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS, Prof. Dr. Sabihah Osman yang tidak berkesempatan hadir pada majlis tersebut.
Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika berucap dalam sidang kedua menasihatkan graduan supaya memanfaatkan ilmu sebagai pembudayaan hidup ke arah kebaikan sejagat.
"Ilmu adalah cahaya dalam memberi sinar penunjuk jalan buat menemani hidup yang fana di atas pentas dunia yang bersifat sementara ini. Marilah kita sama-sama mengharungi kesempatan hidup untuk mengamalkan kebaikan sebagai pembentuk citra beradab, sopan santun, saling memahami, menerima kekurangan adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan lambang kerendahan hati sebagai orang yang berilmu,” katanya lagi.
Turut hadir, Pro-Canselor UMS, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Yeoh Ting Lay dan Pegawai-pegawai Utama UMS. 





ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI

BC12110183



MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) ANJUR CABARAN BEBASIKAL SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UMS
Sempena meraikan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-15, buat pertama kalinya universiti Eko-Kampus itu akan menganjurkan aktiviti berbasikal pada waktu malam sebagai salah satu acara pengisian Tamu Gadang.
Menurut Penasihat aktiviti berkenaan, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, penyertaan  itu adalah terbuka kepada orang ramai bermula dari Tapak Tamu Gadang UMS.
“Para peserta Cabaran Berbasikal Malam Konvo UMS ini akan dilepaskan sekitar jam 8.00 malam dan akan melakukan kayuhan sejauh 20 kilometer mengelilingi UMS menggunakan laluan yang sering dilalui oleh kumpulan-kumpulan basikal yang kerap beriadah di dalam kampus. Mereka yang berjaya menghabiskan jarak laluan pada masa yang ditetapkan akan menerima sijil,” ujarnya ketika dihubungi Media Canselori.
Tambah beliau, peserta yang yang berminat boleh menghubungi Pang Ngiap Ting di talian 0168349934, manakala mereka yang telah mendaftar dikehendaki berkumpul di Tapak Tamu Gadang seawal jam 7.00 malam pada hari acara tersebut diadakan.
Ketika ditanya mengenai manfaat dalam kegiatan aktif beriadah seperti berbasikal itu, Dr. Nizam yang juga Pensyarah Program Sains Sukan berkata, ia mampu membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes.
“Kadar latihan yang sederhana dapat mengurang tekanan dan stres, memperbaiki emosi dan meningkatkan keyakinan. Aktiviti berbasikal ini juga dapat meningkat kecergasan fizikal seperti ketahanan kardiovaskular, kekuatan dan koordinasi,” jelasnya lagi.
Cabaran berbasikal itu merupakan anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar Sains Sukan (Pengurusan Sukan) tahun 2 dan 3.
Selain bertujuan memperkenalkan UMS sebagai destinasi berbasikal yang selamat kepada warga bandar raya Kota Kinabalu ia juga sekali gus mengukuhkan jalinan akrab antara UMS dengan masyarakat melalui sukan.





ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI

BC12110183