Monday 28 October 2013

UMS dipilih hab pertama Program E-Waste For A Cause.

KOTA KINABALU 8 Okt. - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih sebagai hab pertama bagi menjayakan Program E-Waste For A Cause atau Sisa Elektronik Dengan Satu Matlamat oleh Recycle Commmunity Malaysia (RCOMM) Pusat Borneo.Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS, Prof. Madya Dr. Rossalam Sarbatly berkata, pemilihan UMS untuk menyertai program tersebut dilihat sebagai satu usaha mewujudkan masyarakat lestari di negeri ini.
Katanya, pihak pengurusan UMS dan warga kampus teruja menjayakan program tersebut yang sangat bermakna untuk mengatasi isu sisa elektronik di negara ini.
"Saya menyambut baik kerjasama menjayakan kempen dan program ini selain berterima kasih dengan pelantikan Pasukan Pakar RCOMM Borneo daripada kalangan pensyarah kanan UMS yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menyumbang buah fikiran," katanya.Beliau berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Sisa Elektronik E-Waste antara RCOMM Pusat Borneo dengan universiti itu, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Agung RCOMM, Miza Pawan Chik.
Rossalam berkata, pihak universiti berasa sangat berbangga untuk menjayakan program tersebut yang turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Kesejahteraan Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurutnya, kerjasama itu membolehkan UMS memainkan peranan sendiri dalam mendidik masyarakat terutama dalam kalangan mahasiswa sebagai pencetus dalam usaha mendidik orang ramai menerusi pendekatan 3R dan menghargai alam sekitar.
"Saya yakin pelbagai program dan perancangan tahun depan telah disediakan oleh RCOMM Pusat Borneo untuk kebaikan serta manfaat yang besar kepada semua pihak terutama dalam usaha mendidik rakyat Sabah menjadi masyarakat lestari.
"Semoga usahasama ini akan memberi lebih ruang dan peluang yang besar kepada mahasiswa untuk menyertai program dirancang secara terus bersama komuniti di luar," katanya.
Tambahnya, program kempen kesedaran itu juga dilihat sebagai salah satu langkah permulaan kepada pelajar untuk menimba ilmu serta melatih diri dalam aktiviti sukarelawan.

Selain itu, katanya, penglibatan universiti tersebut dalam program berkenaan membuktikan UMS bertekad menjadi sebuah EcoCampus pertama negara yang menitikberatkan aspek alam sekitar.

AIN NABILA BT AZMI 
BC12110007

UMS martabatkan ilmu bahasa

Pada 22 Oktober 2013 baru-baru ini sempena ucapan perasmian sempena Persidangan Bahasa, Linguistik dan Masyarakat Antarabangsa (UCLALIS) 2013, telah terpapar di Utusan mengatakan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah komited dalam mengembang dan memperkasakan pengetahuan terutama dalam penguasaan bahasa dan sosial terhadap pelajarnya sebagai usaha melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai aspek. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah selaku Naib Canselor berkata usaha pihak universiti berkenaan bertujuan agar pelajar UMS mempunyai persiapan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan apabila menamatkan pengajian kelak. Pihak mereka akan bekerja setiap masa bagi memenuhi matlamat ini dengan mewujudkan tiga teras pengajian iaitu dalam bidang bahasa, penyelidikan liberal dan kursus wajib.Ketiga-tiga adalah pengajian bahasa merupakan satu bidang kursus yang amat luas melibatkan semua pelajar di UMS. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Prof. Dr. Vincent Pang.Sempena dengan persidangan itu, pembentangan kertas kerja utama turut disampaikan Prof. John. M. Wales dari Universiti Michigan Ann Arbor, Amerika Syarikat.Dalam pada itu, Mohd. Harun berkata, PPIB selaku pusat pengajian ilmu dan bahasa yang penting di UMS memainkan peranan utamanya bagi melahirkan individu pelajar yang memiliki pengetahuan serta kemahiran seimbang.Mengenai persidangan itu, beliau menambah, ia bertindak sebagai platform kepada para pelajar, pendidik dan orang perseorangan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang bahasa masing-masing.Katanya, langkah tersebut juga menjadi misi UMS dalam menggalakkan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan pengalaman para peserta persidangan itu untuk kemajuan Negara.

AIN NABILA BT AZMI
BC12110007

Kerajaan Timor Leste pelawa UMS



KINABALU 8 Okt. - Kerajaan Timor Leste mempelawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk meneroka serta menjalankan penyelidikan sumber minyak dan gas di negara itu .
Duta Besar Republik Demokratik Timor Leste ke Malaysia, Jose Antonio Amorim Dias berkata, penyelidikan dan pertukaran teknologi oleh kedua-dua pihak penting memandangkan negara itu masih kekurangan kepakaran dan teknologi dalam bidang tersebut.
"Timor Leste sedang memacu pembangunan ekonomi melalui peningkatan dalam bidang pendidikan dan infrastruktur. Justeru, kerjasama antara kedua-dua pihak mampu membantu aspirasi kami dalam membangunkan ekonomi Negara.
Kunjungan yang memfokuskan kerjasama dua hala dalam bidang akademik bagi membolehkan para kakitangan akademik UMS meneroka sumber yang terdapat di Timor Leste menjadi intipati penting dalam lawatan tersebut.
Jose berkata, hubungan antarabangsa berpotensi untuk dijadikan bahan penyelidikan oleh kedua-dua pihak memandangkan pengalaman negara itu sendiri dalam mencapai kemerdekaan dan ketika menyertai ASEAN.
Beliau menambah, negara itu turut mengalu-alukan pelabur-pelabur dari Malaysia untuk menjalankan perniagaan di Timor Leste.
Katanya, antara perniagaan yang berpotensi untuk pelaburan adalah bidang pertanian terutama kelapa sawit, kayu jati, cari gali minyak, gas dan sebagainya.
Sementara itu Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, UMS bersedia untuk menjalinkan kerjasama dua hala dengan institusi pendidikan dan agensi kerajaan dari negara tersebut.
Katanya, kerjasama itu merupakan satu peluang yang harus diraih dan direbut oleh kakitangan akademik dan pelajar UMS bagi menjana ilmu dalam konteks sumber modal insan.

(SITI NORHAYATI SHAMSUDIN)
BC12160225

PELAJAR DIINGATI TIDAK SEBAR KHABAR ANGIN

                Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Datuk kasim Md. Mansur mengingatkan pelajar agar tidak terlibat dengan sebarang penyebaran berita palsu termasuk isu khabar angin yang berkaitan dengan serangan pengganas. Menurutnya, para pelajar diminta agar tidak mudah percaya dengan khabar angin dan sentiasa menaruh keyakinan terhadap kemampuan pihak yang bertanggujawab menjaga keselamatan negara.

                Beliau berkata demikian kerana dihubungi media Cancelori bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabh ( ESSCOM), Datuk Mahammad Mantek dalam satu laporan akhbar yang berhubung dengan isu penyebaran berita palsu serangan tentera sulu. Disamping itu Mohd Juhar Harun merangakap Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (UMS) ketika dihubungi memberitahu bahawa sebarang berita yang diterima perlulah dirujuk kepada pihak Pengurusan UMS dan pihak Berkuasa  Polis DIraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan kesahihannya.


                Baru-baru ini, Datuk Mohammad dalam satu laporan akhbar memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu mengenai serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI
( BC12110183 )

SAMBUTAN BULAN BAHASA 2013






Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) telah mengha
ntar wakil daripada pelajar jurusan penulisan dan tarian untuk menyajikan satu persembahan yang bertemakan " Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 ". Persembahan ini telah diadakan pada 26 Oktober 2013 ( Sabtu ) dan bertempat di Centre ATRIUM, One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Anjuran ini adalah hasil kerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan, Sabah.

Pelajar-pelajar yang mewakili Sekolah Pengajian Seni telah membuat satu persembahan sketsa yang digabungkan dengan lakonan, tarian, pantun, lagu puisi, sajak dan teka-teki bersama pengunjung yang datang. Persembahan ini juga dibawah seliaan Encik Lokman Abdul Samad, Encik Suhaimi Mohd Yasin, Encik Shahrifuddin bin Zainal dan Puan Tang.

Nilai yang digarapkan dalam pementasan sketsa ini menonjolkan tentang generasi pada zaman sekarang lebih mengagung-agungkan bahasa asing daripada bahasa ibunda iaitu bahasa kebangsaan. Jelaslah kelihatan kebanyakan generasi pada zaman sekarang tidak suka dengan budaya berpantun, malah mereka menganggap  kuno.

Bahasa Melayu juga mempunyai keunikan tersendiri. Keistimewaan bahasa Melayu ialah melambangkan identiti budaya orang melayu yang sangat kehalusan dan ketelitian.

Tujuan sambutan ini diadakan untuk memartabatkan lagi bahasa ibunda yang semakin hari semakin tenggelam dengan harus permodenan.


MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
                                                                                                                      
( BC12160189 )
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU UNTUK PESEKITARAN MAPAN
                                                                      
Teknologi hijau perlu diaplikasikan dalam persekitaran untuk menjamin alam sekitar yang mapan. Menurut penyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Engr, Dr. Shamzani Affendy Mohd, Konsepkonsep seperti pengurusan kimia hijau, teknologi nano hijau perlu diambil kira dalam aplikasi tersebut.
"Selain ,menjamn persekitaran mapan, teknologi hijau adalah bertujuan untuk menggalakkan inovasi berterusan, daya maju dan pegurusan sumber" katanya. Beliu berkata demikian ketika menyampaikan cerama berkenaan tenologi hijau di Galeri Penyelidikan UMS.
Merujuk kepada keperluan terhadap bangunan huau, beliau berkata aplikasi terhadap konsep bangunan yang meningkat saban hari menbawa kepada penggunaan jana kuasa tinggi. Tambahnya, organisasi korporat juga perlu membuat  semakan terhadap organisasi korporat juga perlu membuat semakan terhadap pencemaran dan kemusnahan alam sekitar sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosoial korporat.
Sementara itu, Ketua CMW Design Strategies, LLC, Augustine Wong ketika menyampaikan syarahannya berkata, konsep jalanan hijau dalam bandar merupakan salah satu kaedah bagi menyokong persekitaran mapan.
Katanya, bagi tujuan tersebut, pengurusan terhadap pencegahan banjir daripada berlaku di kawasan jalan raya di bandar perlu diutamakan. Jelasnya, penyelidikan berterusan selain kerjasama dengan agensi tempatan perlu dalam memastikan air banjir dapat mengalir dalam saluran yang betul secara semula jadi.     
           

ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI

( BC 12110183 )
IBADAH KORBAN DI UMS

MUSTAQIM : aidiladha KHAMIS, 17 OKTOBER – “Penyumbang korban seharusnya turut mengambil bahagian dalam ibadah korban, dan bukan hanya menyumbang duit”.

Demikian keluhan salah seorang penyembelih haiwan korban yang juga merupakan , Timbalan Dekan Akademik & HEP, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), Dr. Mohd. Rosni Sulaiman berkenaan kehadiran penyumbang korban yang kurang memberangsangkan ketika ibadah korban dilangsungkan.

Katanya, kehadiran penyumbang korban pada ibadah tersebut hanyalah sekitar 15% daripada jumlah penyumbang, sesuatu yang tidak wajar berlaku kerana penyumbang korban juga seharusnya menghayati ibadah korban itu sendiri.

“Sebagaimana yang kita ketahui, ibadah korban merupakan satu ibadah yang cukup mulia dan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya, fadhilat serta kelebihan ibadah korban amatlah besar bagi mereka yang melaksanakan perintah Allah SWT”.

“Namun begitu, yang membuat saya rasa sedikit terkilan adalah jumlah kehadiran penyumbang korban yang mengambil bahagian pada hari ini amatlah sedikit,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, duit atau sumbangan yang dikeluarkan untuk ibadah korban ini bukanlah satu ukuran, tetapi apa yang penting ialah ibadah tersebut dilaksanakan bersama-sama, ataupun sekurang-kurangnya penyumbang menyaksikan proses korban tersebut dilakukan.

“Apa salahnya sekiranya mereka turut bersama-sama bertakbir atau sekadar menyaksikan proses penyembelihan dilakukan. Sekurang-kurangnya mereka dapat menghayati hakikat sebenar ibadah korban ini,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap agar para penyumbang korban dapat meluangkan masa untuk bersama-sama hadir melaksanakan ibadah korban tersebut pada masa akan datang.

Dalam pada itu, lebih 50 orang peserta terdiri daripada warga UMS terlibat dalam acara penyembelihan, pelapahan dan pengagihan daging korban bersempena dengan Majlis Ibadah Qurban Peringkat UMS 1434H/2013M. Daging korban tersebut kemudiannya diagihkan kepada lebih 110 orang penerima dalam kalangan golongan saudara-saudara baharu, fakir miskin dan yang berpendapatan rendah




MUHAMMAD MUSTAQIM BIN YAACOB

( BC12160218 )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994.Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.

Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.

Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan.

Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi. Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan setakat ini merupakan ambilan ketiga oleh pusat tersebut.

Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad Cemerlang". Lagu rasmi UMS juga bertajuk "Bertekad Cemerlang"



 MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL 
 ( BC12160189 )