Monday 28 October 2013

UMS dipilih hab pertama Program E-Waste For A Cause.

KOTA KINABALU 8 Okt. - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih sebagai hab pertama bagi menjayakan Program E-Waste For A Cause atau Sisa Elektronik Dengan Satu Matlamat oleh Recycle Commmunity Malaysia (RCOMM) Pusat Borneo.Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS, Prof. Madya Dr. Rossalam Sarbatly berkata, pemilihan UMS untuk menyertai program tersebut dilihat sebagai satu usaha mewujudkan masyarakat lestari di negeri ini.
Katanya, pihak pengurusan UMS dan warga kampus teruja menjayakan program tersebut yang sangat bermakna untuk mengatasi isu sisa elektronik di negara ini.
"Saya menyambut baik kerjasama menjayakan kempen dan program ini selain berterima kasih dengan pelantikan Pasukan Pakar RCOMM Borneo daripada kalangan pensyarah kanan UMS yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menyumbang buah fikiran," katanya.Beliau berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Sisa Elektronik E-Waste antara RCOMM Pusat Borneo dengan universiti itu, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Agung RCOMM, Miza Pawan Chik.
Rossalam berkata, pihak universiti berasa sangat berbangga untuk menjayakan program tersebut yang turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Kesejahteraan Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurutnya, kerjasama itu membolehkan UMS memainkan peranan sendiri dalam mendidik masyarakat terutama dalam kalangan mahasiswa sebagai pencetus dalam usaha mendidik orang ramai menerusi pendekatan 3R dan menghargai alam sekitar.
"Saya yakin pelbagai program dan perancangan tahun depan telah disediakan oleh RCOMM Pusat Borneo untuk kebaikan serta manfaat yang besar kepada semua pihak terutama dalam usaha mendidik rakyat Sabah menjadi masyarakat lestari.
"Semoga usahasama ini akan memberi lebih ruang dan peluang yang besar kepada mahasiswa untuk menyertai program dirancang secara terus bersama komuniti di luar," katanya.
Tambahnya, program kempen kesedaran itu juga dilihat sebagai salah satu langkah permulaan kepada pelajar untuk menimba ilmu serta melatih diri dalam aktiviti sukarelawan.

Selain itu, katanya, penglibatan universiti tersebut dalam program berkenaan membuktikan UMS bertekad menjadi sebuah EcoCampus pertama negara yang menitikberatkan aspek alam sekitar.

AIN NABILA BT AZMI 
BC12110007

No comments:

Post a Comment