Sunday 3 November 2013

JUARA


Tanggal 30 Oktober 2013 seorang pelajar daripada Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat ( SKTM ) Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) telah dinobatkan juara dalam pertandingan Komposer Muda peringkat Institutsi Pengajian Tinggi Awan dan Swasta Sabah yang diadakan di Dewan Resital.

Nelvina Newmond merupakan seorang pelajar tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Komputer telah berjaya sekaligus mengenetepikan 10 persaingan yang lain dalam pertandingan mencari bakat muda dan membawa pulang hadiah yang berupa Piala Pusingan Dekan, Piala Kejohanan, wang tunai rm800, sebuah gitar, hamper dan sijil penyertaan.

Dalam temuramah dengan media Canselori, beliau telah menjelaskan bahawa pencapaian itu merupakan hasil sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan. Karya lagu ciptaan beliau yang bertajuk “ YOU ” dalam versi Bahasa Inggeris juga sebenarnya mengisahkan tentang pengalaman dan rintangan yang telah beliau lalui selama meniti sebagai seorang mahasiswa di UMS, turut mendapat sentuhan muzik daripada Jeffery Sim dan dinyanyikan dengan cukup merdu oleh adiknya, Nirona Newond bersama pasangan duet Werline William. Beliau juga terkejut ketika diumunkan sebagai juara pemenang dalam pertandingan tersebut.


Tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Universiti Tun Razak ( UNIRAZAK ) manakala tempat ketiga turut dimenangi pelajar SKTM.

MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL

( BC12160189 )

1 comment:

  1. Boleh diperbaiki dan ditingkatkan skill penulisan.. Tahniah!

    ReplyDelete