Friday 29 November 2013





PERIBAHASA + MAKNA+ CONTOH AYAT =D

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh Ayat: Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Contoh Ayat : Walaupun Ahmad adalah darah daging kepada Pak Rahim, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Ahmad kepada pihak berkuasa.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Contoh Ayat : Semua penduduk kampung Canggung bergotong royong membersihkan kawasan kampung mereka, bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

4. Meninggi diri
Maksud : Sombong
Contoh ayat: Siti seorang budak yang suka meninggi diri di sekolah itu sebab itulah dia dibenci rakan sekolahnya.



5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
Contoh ayat: Pemimpin di negara itu selalu bermuka dua akibatnya dia dibenci rakyat di Negara itu.

6. Baik hati
Maksud : Bersikap baik,penyayang dan suka menolong .
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Contoh Ayat: Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Contoh Ayat : Yatie bagaikan bara yang digenggam biar sampai jadi arang apabila menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Contoh ayat: Aiman berasa bagai kaca terhempas ke batu selepas menerima berita kematian kekasih hatinya,Aisya.


10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Maksud : Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh dan dinasihati.
Contoh ayat:   Pak Abu menyesal tidak mengajar anaknya akhlak yang baik dari kecil lagi.  Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Contoh Ayat : Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.

12.  Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain
Contoh ayat :     Shafiq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama, bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Contoh ayat : Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup yang  berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Contoh Ayat : Sham bagai dayung sudah di tangan,perahu sudah di air apabila menerima surat tawaran daripada syarikat Airasia untuk menjadi sebagai juruterbang.
15. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.
Contoh Ayat : Walaupun Amir berumur tiga tahun namun dia sungguh terang hati apa yang diajar oleh ibunya.

16. Rendah hati
Maksud : Tidak sombong
Contoh Ayat : Meskipun Pak Rahmat merupakan orang paling kaya di Kampung Sejati namun dia tetap rendah hati.

17. Murah hati
Maksud : Pemurah.
Contoh Ayat : Pak Hassan sangat murah hati di kampung itu kerana beliau sering menderma.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Contoh ayat : Tarian zapin harus dipertahankan supaya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Contoh Ayat: Pak Min pulang dengan tangan kosong kerana hasil tangkapan ikannya tidak berbaloi.


20. Bagai kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Contoh Ayat : Kita janganlah menjadi bagai kacang lupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

ain nabila 
bc12110007

42 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu. Thank you.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana menggunakan masa awak untuk menulis ayat-ayat yang sangat membantu ini. :)

    ReplyDelete
  4. terimakasih sebab beri peribahasa ni dan contoh ayat ni

    ReplyDelete
  5. You got more of these boo?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Thanks for the note. Because saya tak tatahu
    Peribahasa. Saya tenggok ini, saya akan faham. 🤗

    ReplyDelete
  9. bukan semua ada , tapi bagus

    ReplyDelete