Friday 29 November 2013



TENTANG UMS


Hasrat untuk membangunkan sebuah universiti di Sabah terlaksana pada 24 November 1994, apabila Parlimen meluluskan penubuhan Universiti Malaysia Sabah. Pada mulanya hanya tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Teknologi dan Sekolah Sains Sosial telah ditubuhkan. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat pengajian liberal yang dinamai Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.
Ketika sesi akademik yang pertama dimulakan pada pertengahan tahun 1995, terdapat seramai 205 orang mahasiswa yang berdaftar. Bilangan tenaga pengajarnya seramai 24 orang pensyarah dan pentadbiran diuruskan oleh 13 orang staf pengurusan dengan dibantu oleh 26 orang kakitangan sokongan.
Sehingga kini, selain bertambahnya beberapa buah sekolah, yakni Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni dan terkini Sekolah Perubatan serta wujudnya tiga buah institute penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan Bioteknologi.
UMS juga telah berjaya menyiapkan beberapa kompleks bangunan di kawasan tanah yang seluas 999 ekar yang terletak di Teluk Sepanggar. Kampus UMS yang telah siap ini kemudiannya telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 September 2000.
Pembukaan kampus cawangan UMS di Labuan yang dilaksanakan pada 2 Januari 1999 telah mencatatkan setapak lagi kemajuan bagi UMS. Dinamakan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), ia menempatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Sains Informatik dan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa.
Pada masa kini, pelajar UMS adalah berjumlah seramai 12,350 orang, manakala bilangan kakitangan akademiknya pula seramai 570 orang.

ain nabila
bc12110007

No comments:

Post a Comment