Sunday 17 November 2013

DONGENG DUYUNG


Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik. Pekan ini juga terletak di persisiran pantai dan mempunyai ramai penduduk. Di mana pekan ini dikenali dengan nama Semanggar Merah. Penduduk kampung ini juga suka saling membantu antara satu sama lain dan sangat rajin.

Alkisah bermula daripada sepasang suami isteri di kampung ini. Sang suami di kenali sebagai Pak Lalai, manakala sang isteri pula dikenali sebagai Mak Unduk.
“Lalai lama sudah kita kahwin tapi masih belum dapat anak” Kata Mak Unduk sambil menjahit kepada Pak Lalai.

“Sabarlah Unduk. Kalau ada rezeki tak kemana juga” Jawab Pak Lalai sambil termenung jauh.
“Saya harap suatu hari nanti kita dikurniakan juga walaupun seorang anak” Balas Mak Unduk dengan nada sedikit sedih.
“Mudah-mudahan macam tu lah Unduk. Cuma kita kena berusaha lebih sedikit dan banyakkan berdoa” Jawab Pak Lalai.
Pada suatu hari Pak Lalai dan Mak Unduk berjalan-jalan dalam hutan mencari kayu api dan ubi. Ketika melintasi kawasan tasik tiba-tiba Pak Lalai tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik. Mak Unduk cuba membantu Pak Lalai. Sewaktu Pak Lalai cuba mengeringkan tubuhnya di depan tasik sambil berehat tetiba Pak Lalai terasa ada sesuatu barangnya tercicir ke dalam tasik ketika dia terjatuh tadi.

“Unduk, kamu ada simpan cincin aku?” Tanya Pak Lalai kepada Mak Unduk
“Tiada” Balas Mak Unduk.
“Ini mungkin tercicir ke dalam tasik ketika aku jatuh tadi” Tunkas Pak Lalai dan lalu pergi untuk turun ke dalam tasik tadi.
“Jangan Lalai. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam dasar tasik itu. Bahaya Lalai” Pujuk Mak Unduk bimbang akan keselamatan suaminya.
“Tapi itu cincin pemberian arwah ayah aku. Hanya itulah satu-satunya kenangan yang aku ada untuk arwah ayah aku” Jawab Lala dengan nada penuh kesedihan.
Tetiba-tiba Pak Lalai dan Mak Unduk terkejut melihat satu kilauan cahaya yang berwarna-warni keluar dari atas permukaan tasik. Lantas, Pak Lalai dan Mak Unduk bersembunyi di belakang semak berhampiran tasik tersebut

“Kan saya dah cakap kita tak tahu apa yang ada dalam dasar tasik tu tadi” Kata Mak Unduk.
“Issshhhhhhhhh..” Pak Lalai memberi isyarat menyuruh Mak Unduk diam.
Daripada kilauan cahaya warna-warni tadi bertukarnya menjadi pari-pari. Kecantikan rupa paras pari-pari itu tiada seorang pun perempuan di atas muka bumi ini yang dapat menandinginya. Manakala, kulitnya cantik dan bersinar serta mempunyai sepasang sayap di atas belakangnya. Pak Lalai dan Mak Unduk kelihatan begitu terkejut dengan apa yang dilihat olehnya itu.
“Apakah itu Lalai?” Tanya Mak Unduk.
“Mungkin jembalang air” Balas Pak Lalai.
“Mana mungkin jembalang ada di siang-siang hari begini” Jawab Mak Unduk dengan penuh tidak percaya apa dikatakan oleh suaminya tadi.

“Wahai manusia usahlah kamu bersembunyi di belakang semak sana, sesungguhnya saya bukanlah mahkluk yang jahat dan memakan manusia. Adakah kamu mencari ini?” Kata pari-pari dengan penuh kelembutan sambil menunjukkan sebentuk cincin emas. Pak Lalai dan Mak Unduk mula memberanikan diri keluar daripada semak dari tempat mereka sembunyi tadi dan lalu pergi berhampiran dengan tasik untuk melihat apa yang ditunjuk oleh pari-pari.
“Itu bukan cincin saya” Jawab Pak Lalai dengan terketar-ketar.
Pari-pari menyelam lagi ke dalam dasar tasik dan muncul pula dengan cincin perak.
“Adakah cincin ini?” Tanya pari-pari.
“Itu juga bukan cincin saya” Jawab Pak Lalai
Pari-pari menyelam lagi ke dalam dasar tasik dan muncul pula dengan cincin tuasa.
“Adakah cincin ini” Tanya pari-pari lagi.
“Ya” Jawab Pak Lalai.
“Kamu sangat jujur dan ambilah cincin mu ini” Kata pari-pari.
Pak Lalai dan Mak Unduk mula berjalan sama-sama dengan ketakutan, lantas Pak Lalai mengambil cincin kepunyaannya daripada tangan pari-pari.
“Wahai manusia sesungguhnya kamu sangat jujur dan sebagai pembalasan kejujuran mu akan ku tunai satu permintaan mu dariku” Kata pari-pari.
“Benar?” Balas Pak Lalai dan Mak Unduk dengan serentak.
Pari-pari tersenyum sambil menganggukan kepala bermaksud ia akan tunaikan permintaan sepasang suami isteri itu.
“Baiklah, sebenarnya kami sudah lama berkahwin tetapi masih belum dapat anak” Kata Pak Lalai dengan sedih.
“Kamu mahukan anak. Jadi itu maksud mu wahai manusia?” Balas pari-pari.
“Ya” Jawab Mak Unduk.
“Baiklah akan aku tunai permintaan mu wahai manusia, tetapi ada syaratnya” Balas pari-pari.
“Apa syaratnya? Kami sanggup melakukan apa sahaja asalkan kami dikurniakan anak” Jawab Pak Lalai.
“Baiklah, syarat yang pertama kamu harus menjaganya dengan penuh kasih sayang dan syarat yang terakhir anak ini tidak boleh terkena air laut” Jelas pari-pari.
“Baiklah segala-gala syaratnya akan kami turuti” Jawab Pak Lalai.
“Hulurkan kedua-dua belah tanganmu” Balas Pari-pari.
Lantas Pak Lalai menghulurkan tangan. Dengan kuasa ajaib yang ada pada tongkat pari-pari dan tiba –tiba keluarlah sebiji buah delima di atas tangan Pak Lalai.
“ Bagilah isteri mu makan buah delima ini dan selepas tiga hari mengandunglah isteri mu dan selepas tujuh hari akan lahirlah ia” Jawab pari-pari.
“Terima kasih…terima kasih” Jawab sepasang suami isteri itu dengan wajah yang cukup gembira.
Tiba-tiba ghaiblah pari-pari itu dengan serta-merta. Maka, pulanglah sepasang suami isteri itu ke rumah dengan wajah gembira. Segala kata-kata pari-pari itu semua dituruti oleh sepasang isteri ini kerana tidak sabar untuk mendapatkan anak yang sekian lama sudah dinantikan.
Setelah sampai waktunya maka lahirlah bayi perempuan dan bayi itu dinamakan Cendana Delima. Pak Lalai dan Mak Unduk menjaga Cendana Delima dengan penuh kasih sayang. Rezeki sepasang suami isteri ini semakin murah semenjak lahirnya Cendana Delima dalam keluarganya
Apabila Cendana Delima meningkat remaja ia telah menjadi seorang gadis yang sangat cantik, berbudi pekerti, sopan santun, menghormati orang tua dan sangat peramah. Dengan kecantikan yang begitu cantik menyebabkan ramai pemuda-pemuda di kampung Semanggar Merah tergila-gilakan pada Cendana Delima. Cendana Delima juga tidak tahu akan pantang larang terhadapanya.
Pada waktu yang sama Melati juga sangat cemburu dengan Cendana Delima. Dalam diam-diam Melati juga telah merancang sesuatu dengan kawan-kawanya terhadap Cendana Delima.
Pada suatu hari Cendana Delima pergi bersiar-siar seorang diri tanpa pengetahuan daripada orang tuanya. Tiba-tiba bertemu dengan Melati bersama-sama kawan-kawannya.
“Sungguh cantik engkau Cendana Delima hari ini” Sapa salah seorang daripada kawan Melati.

“Terima kasih, kamu pun cantik juga” Balas Cendana Delima dengan lembut sambil memberi senyuman manis kepada Melati dan kawan-kawanya.
“Cendana Delima mau ke mana petang-petang macam ni?” Kata Melati.
“Saya mau bersiar-siar sambil ingin memetik bunga” Balas Cendana Delima.
“Ohhh…boleh kita main sama-sama?” Kata Melati sambil memberi senyuman sinis.
“Tentulah boleh…lagi ramai kawan, lagi bagus kita bermain” Jawab Cendana Delima dengan gembira.
“Petang-petang macam ni bagus juga kalau kita bermain di pantai, bagaimana dengan Cendana Delima?” Balas Melati.
“Saya pun setuju juga. Selama saya hidup tidak pernah lagi saya bermain dengan air pantai” Jawab Cendana Delima.
“Kenapa” Tanya dari salah seorang kawan Melati yang lain.
“Entahlah…kedua-dua orang tua saya tidak pernah beri saya bermain dengan air pantai” Jawab Cendana Delima.
Melati dan kawan-kawannya berbisik inilah peluang untuk dia langsaikan agenda jahatnya kepada Cendana Delima. Dengan tingkah laku Melati bersama-sama kawannya tanpa sedikit pun timbul perasaan curiga dari hati kecil Cendana Delima.
“Ooooo…marilah Cendana Delima saya dan kawa-kawa temankan kamu pergi bermain air pantai” Balas Melati.
Cendana Delima mula gembira kerana dia sudah lama ingin bermain dengan air pantai dan inilah peluangnya.
Setelah sampai di pantai, terus Melati, Cendana Delima dan kawan-kawannya menuju ke sebuah sampan yang ditinggal oleh tuannya. Tanpa meminta izin tuannya terlebih dahulu lalu Melati naik ke dalam sampan sambil mempelawa Cendana Delima.
“Kawan-kawan marilah ikut sekali” Pelawa Cendana Delima dengan penuh peramah.
“Tak apalah Cendana Delima, kami semua tunggu di sini je…lagi pun sampan tu bukan boleh dinaiki ramai pun” Balas dari salah seorang kawan Melati.
“Betul tu” Jawab Melati sambil mengenyit mata kepada kawan-kawannya.
Melati mula mendayung sampan ke tengah laut. Cendana Delima pula terlalu gembira kerana dapat berada di tengah-tengah laut. Dengan perasaan yang sangat teruja terus Delima berdiri daripada duduk untuk melihat pemandangan di sekeliling dengan lebih jelas, dengan sepantas kilat Melati menolak Cendana Delima jatuh ke dasar laut.
Dengan tiba-tiba mula bersabung di langit, hujan semakin lebat, ombak semakin kuat bergolora. Cendana Delima mula timbul tenggelam di dasar laut dan terus hilang. Melati mula ketakutan dengan suasana yang menakutkan itu. Melati mula menyesal dengan perbuatan jahatnya itu dengan menolak Cendana Delima ke laut. Tiba-tiba satu panahan petir menyambar sampan yang dinaiki Melati. Akhirnya, Melati mati dek kelemasan dalam ombak laut yang sedang bergelora.

Kawan-kawan Melati yang berada di darat mula berasa gelisah apabila melihat suasana keadaan yang menakutkan itu. Akhirnya, kesemua kawan-kawan Melati itu telah membuat keputusan untuk pergi ke rumah Pak Lalai dan Mak Unduk untuk memberi tahu tentang kejadian yang telah berlaku sebentar tadi. Setelah sampai di rumah Pak Lalai dan Mak Unduk daripada salah seorang kawan Melati telah mencerita tentang kejadian yang berlaku tadi kepada kedua-dua orang tua Cendana Delima.
“Apa Melati bawa Cendana Delima ke laut” Dengan suara terketar-ketar Pak Lalai berkata.
“Lalai anak kita…Lalai anak kita…itulah satu-satunya anak kita yang kita ada setelah sekian lama menanti selama ini” Jawab Mak Unduk dengan menangis.
Kesemua kawan Melati terus pulang sebaik sahaja menceritakan kejadian itu kerana takut disoal oleh Mak Unduk dan Pak Lalai.
Pak Lalai dan Mak Unduk terus pergi ke laut untuk mencari Cendana Delima di tempat yang diberi tahu oleh kawan-kawan Melati tadi. Pak Lalai dan Mak Unduk berusaha mencari Cendana Delima. Usaha mereka hanyalah mensia-siakan kerana Cendana Delima tetap tidak dijumpai.
Pak Lalai dan Mak Unduk mula teringat akan pantang larang yang dipesan oleh pari-pari sebelum ini.
Lantas, mereka pergi menuju ke tasik dimana tempat yang mereka pernah jumpai pari-pari sebelum ini.
Pak Lalai dan Mak Unduk mula memanggil pari-pari supaya muncul dari dasar tasik tersebut. Setelah kepenatan memanggil pari-pari yang tidak pernah muncul. Akhirnya, Mak Unduk dan Pak Lalai tertidur di bawahan pokok besar di depan tasik. Tiba-tiba keluarlah pari-pari dari dasar permukaan air tasik. Pak Lalai dan Mak Unduk terbangun dari tidurnya kerana kilauan cahaya pari-pari terpancar di wajah mereka.
“Pari-pari…maaf..kan..ka..mi” Kata Pak Lalai dengan teresat-esat. Mak Unduk juga turut menangis sama.
“Wahai manusia usahlah kamu bersedih, kerana saya sudah tahu segala-galanya” Balas pari-pari.
“Adakah kami dapat berjumpa dengan anak kami lagi?” Tanya Mak Unduk kepada pari-pari.
Pari-pari tersenyum.
“Usahlah kamu bimbang..anak kamu masih ada di laut sana” Tunkas pari-pari.
“Apakah yang berlaku dengan anak kami?” Mak Unduk terus bertanya lagi.
“Ingatkah kamu akan pantang larang” Tanya pari-pari kepada Pak Lalai dan Mak Unduk.
Pak Lalai dan Mak Unduk membalas dengan anggukan kepala yang membawa maksud mereka masih ingat akan pantang larang yang diberitahu dahulu.
“Anak kamu telah dikhianati oeh seseorang. Orang yang mengkhianati anak mu itu telah pun mati di panah petir dan kelemasan, pergilah berjumpa dengan anakmu itu kerana ia akan muncul pada waktu malam di dasar laut. Lambat-laun kamu akan tahu juga siapa yang mengkhianati anakmu itu” Kata pari-pari.
“Baiklah pari-pari, kami teramat berterima kasih dengan mu” Balas Pak Lalai dan Mak Unduk dengan serentak.
Pak Lalai dan Mak Unduk terus pulang dan tidak sabar menanti malam untuk berjumpa dengan anaknya.
Pada waktu malamnya Pak Lalai dan Mak Unduk telah pergi ke laut untuk bertemu dengan anaknya.
“Cendana Delima…Cendana Delima…Cendana Delima..” Panggil Pak Lalai.
“Muncul lah nak dari dasar laut ini…ini ibu dan bapak mu” Tunkas Mak Unduk.
Tiba-tiba Mak Unduk nampak satu limbasan ekor dari atas permukaan air terus dia memanggil Pak Lalai.
Tiba-tiba munculah Cendana Delima dari permukaan air dengan separuh tubuh atasnya berbentuk fizikal manusia dan separuh bawahnya berbentuk fizikal ikan yang bersisip emas. Walaupun Cendana Delima telah berubah menjadi seekor duyung emas kecantikannya tetap menyerlah.

Pak Lalai dan Mak Unduk pun berkasih-kasihan la dengan anaknya itu. Pak Lalai dan Mak Unduk juga berasa menyesal apa yang berlaku kepada Cendana Delima.
Tiba-tiba muncul lah pari-pari.
“Usahlah kamu menyesal karana anak mu itu akan kembali asal apabila dia mendapat luahan cinta sejati dari seorang jejaka” Kata pari-pari dan terus hilang.
Pada suatu hari putera Iskandar Andriansyah dari kerajaan Langkasuka telah pergi belayar untuk mencari calon permaisuri hatinya.
Dalam pelayaran itu tiba-tiba dilanda tiupan angin yang kencang dan gelora ombak yang begitu kuat membahan kapal. Dengan takdir kapal itu telah pecah menyebabkan ramai yang terjatuh ke dalam laut termasuklah Putera Iskandar Andriansyah. Cendana Delima telah menolong Putera Iskandar Andriansyah.

Akhirnya, Putera Iskandar Andriansyah telah jatuh cinta kepada Cendana Delima, lalu meluahkan isi hatinya kepada cendana Delima. Serta-merta Cendana Delima berubah menjadi manusia setelah mendapat luahan cinta sejati. Akhirnya mereka berkahwin dan hidup mereka bahagia. Putera Iskandar Andriansyah membawa pulang Cendana Delima ke Kerajaan Langkasuka. Pak Lalai dan Mak Unduk juga turut tinggal di istana Kerajaan Langkasuka.


MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
( BC12160189 )

No comments:

Post a Comment