Friday 29 November 2013

UMS Anjur Karnival Inovasi Perniagaan 05 Disember Ini
JUMAAT, 29 NOVEMBER - Pelajar Tahun Tiga, kursus Pengurusan Perhotelan Sekolah Perniagaan Ekonomi (SPE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Karnival Inovasi Perniagaan pada pada 05 Disember 2013.
Program berkenaan yang dikelolakan oleh Song Xiu Hui dibawah pemantauan pensyarah modul Atur Cara Khas,  Juliana Langgat akan diadakan bermula  jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang bertempat di perkarangan Dewan Canselor, UMS.
Bercakap dalam satu kenyataan Song Xiu Hui berkata, objektif utama karnival tersebut adalah untuk mengetengahkan pelbagai inovasi perniagaan yang merangkumi pelbagai bidang.
Menurutnya, selain pelajar daripada Kursus Pengurusan Perhotelan, pelajar daripada kursus lain seperti pelajar Keusahawanan dan pelajar Sains Pengurusan Makanan juga turut terlibat dalam menjayakan acara ini.
“Banyak aktiviti akan menjadi pengisian karnival yang berlangsung selama sehari itu. Antaranya, demonstrasi makanan daripada chef jemputan, sesi ceramah daripada Malaysian Association of Hospitality (MAH) serta pameran dan barangan hasil kreativiti,” ujarnya dalam kenyataan itu.
Selain itu, Song Xiu turut memberitahu, pengunjung juga akan disajikan beberapa jenis permainan yang disediakan oleh pihak penganjur seperti Onion Crush, Fruit Attack dan Test and Guess.
 Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai khususnya pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Kota Kinabalu.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 016-692 8189 melayari laman facebook rasmi Carnival of Business Innovation 2013, UMS. –SS-

                                                                                     SITI NORHAYATI BT SHAMSUDIN

                                                                                     BC12160225        

No comments:

Post a Comment