Tuesday 19 November 2013


CERITA TELADAN UNTUK KANAK-KANAK

RIWAYAT SANG KANCIL






Di dalam sebuah hutan, ada seekor Sang kancil yang  cantik, dia memiliki tubuh yang cantik,kaki yang tingi, mata yang bulat. Kancil ini bukan sahaja cantik malah ia seekor kancil yang cerdik. Sang Kancil ini banyak menyelesaikan masalah-masalah haiwan lain menyebabkan haiwan lain menyukai dirinya. Sehingakan ia dilantik menjadi penasihat Raja rimba. Raja rimba ini ialah seekor Singa tua. Walaupum sudah tua,haiwan lain tetap menghormatinya dan mengangap harimau ini ketua mereka. Jika ada masalah, Raja rimba inilah yang menjadi tempat mereka mengadu.
Pada suatu hari, kawasan Sang Semut dicerobohi oleh  jentolak-jentolak dari bandar, yang ingin membangunkan kawasan itu menjadi sebuah kawasan pelancongan. Banyak kaum semut ini maut ditindas oleh jentolak. . Ketua semut mengarahkan anak buahya pergi melaporkan dan meminta pertolongan daripada Raja rimba.
Sampai sahaja Sang Semut di istana Raja Rimba ia memberitahu masalahnya kepada Raja rimba lalu raja rimba memangil sang kancil.
" Ada apa tuanku memangil hamba"?Tanya  Sang Kancil itu kepada Raja Rimba.
"Patik akan berbakti kepada tuanku" tambanya lagi.
" Beta nak hamba ikut sang semut ini. Perkampungan Sang Semut ini menghadapi masalah  yang besar. Bawak bantuan kecemasan besama dan selesaikan masalah mereka".  Titah Raja rimba itu kepada Sang kancil.
" Baiklah tunku, Patik menurut perintah tunku". Balas Sang Kancil sambil tersenyum.

Apabila menerima arahan daripada Raja Rimba, Sang Kancil mengajak sang semut kepekampungannya. Setelah membawa peralatan kecemasan, Sang Kancil dan Sang Semut berjalan menuju ke pekampungan. Sang Kancil menyuruh Sang Semut menaiki badanya agar mereka boleh bergerak dengan cepat.
Semasa dalam pejalanan, Sang Kancil dan Sang Semut berjumpa dengan Sang Monyet. Sang Monyet bertanya kemanakan mereka hendak pergi. Setelah menjelaskan kepada Sang Monyet, Sang monyet dengan rela hati hendak pergi membantu sang semut. Mereka meneruskan perjalanan.
"Kalian hendak kemana?" Tegur Sang Gajah sambil mulutnya mengunyah buah pisang.
"Kami ingin ke pekampungan Sang semut. Mereka menghadapi masalah". Jawab Sang Kancil
"Ermmmmmmm!!!.. Kalau macam itu aku ikut kalian. Manalah tau tenaga aku diperlukan disana" Balas Sang Gajah.
Sang Kancil tersenyum dengan mengatakan.. " Terima kasih Sang Gajah".


Mereka meneruskan perjalanan, Semasa dalam perjalan mereka terserempak dengan Sang Ular Sawa yang sedang berehat dibawah pokok.
"Kemanakah kalian semua ini? nampak tergesar-gesa je?" Tegur si Sang Sawa tersebut.
"Perkampungan Sang Semut menghadapi masalah. Aku diberi tugas oleh Raja Rimba untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Apa? perkampungan sang semut menghadapi masalah? Kalau macam itu aku ikut kamu semua.. Sudah lama aku tidak menguji kebolehan aku. Jawab Sang Sawa dengan tegas.

Mereka meneruskan perjalan mereka. Semasa dalam perjalanan, Mereka digangu oleh Sang Singa yang kelaparan. Sang Singa membentikan perjalanan mereka.
"Tepat pada masanya, rezeki tengahari aku. Sudah lama aku tidak menikmati daging segar. Tegur Sang Singa dengan nada yang tegas. Tanpa membuang masa. Sang Singa terus menekam kearah Sang kancil, tetapi Sang Kancil berjaya mengelak.
"Tungu dulu Sang Singa. Kau tak boleh makan aku sekarang, Aku mendapat tugas dari Raja Rimba untuk menyelesaikan masalah Sang Semut. Jika engkau memakan aku, kau ibarat menderhaka kepada Raja Rimba, Nescaya kau akan mendapat balasan". Sang kancil menjawab dengan tegas.
Semua Haiwan didalam hutan tersebut sangat takut dengan Raja Rimba. Mereka percaya jika menderhaka kepada raja, akan terjadi sesuatu kepada mereka nanti. Setelah mendengar peringatan dari Sang Kancil, Sang Singa terus menarik balik niatnya untuk memakan daging Sang Kancil.
Sang Kancil mengunakan akar fikiranya untuk membawa Sang Singa bersama mereka pergi menolong  mereka menyelamatkan perkampungan Sang Semut. Sang Kancil percaya dengan kebolehan yang ada pada Sang Singa akan memudahkan lagi kerja mereka menyelamatkan perkampungan Sang Semut.
"Wahai, Sang Singa, Jika engkau menolong kami menyelamatkan perkampungan Sang Semut, Kau akan dberikan makanam yang sedap-sedap daripada raja rimba dan kau akan dikuniakan Pangkat oleh Raja Rimba nanti.

Sang Singa tanpa membuang masa terus setuju dengan perintah Sang Kancil.
"Baiklah, aku ikut kamu semua, jika  aku tidak mendapatkan imbuhan daripada raja,aku akan makan kamu wahai Sang Kancil". Jawab Sang Singa dengan nada yang marah tetapi sedikit gembira dengan apa yang akan diberikan oleh Raja Rimba jika bejaya menyelamatkan perkampungan Sang Semut..
Sang Kancil hanya tersenyum kerana helahnya untuk menyelamatkan diri dari Sang Singa berjaya. Mereka semua bergerak dengan pantas ke perkampungan Sang Semut.

Sampai sahaja di perkampungan Sang Semut, Sang Kancil melihat keadaan kampung Sang semut yang hampir kerosakan yang teruk. Jentolak-jentolak yang dipandu oleh manusia terus melakukan kerja-kerja mereka. Sang kancil mengarahkan ,Sang singa, Sang gajah dan Sang Sawa, pergi kearah Jentolak-jentolak tersebut bagi menakutkan pemandu-pemandu jentolak tersebut.

"Aummmmmmmmmmmm!!!!!!". Sang Singa membunyikan suaranya untuk menakutkan pemandu-pemandu jentolak tersebut. Suara Sang Singa yang garam itu menyebabkan pemandu-pemandu jentolak itu menyedarinya.
.
"Bunyi apa itu?" Tanya pemandu satu kepada pemandu yang kedua.
"Macam........ bunyi Singa ni........ "jawab pemandu kedua itu dengan ketakutan.
"Apa tungu lagi... Mari kita lari dari sini.." Tambahnya sambil turun dari jentolak itu dan , mereka berdua berlari kearah kereta dan terus meningalkan tempat itu.

"Syabas!!. Sang Singa..Engkau memang hebat.”  Puji Sang Kancil kepada Sang Singa.
Sang Singa hanya tersenyum sinis.
"Sang Monyet, kau tolong aku kumpulkan semut-semut yang cedera dan berikan rawatan kepadaya. Jika kau jumpa semut yang mati, kau kuburkan." Arah Sang Kancil kepada Sang Monyet.
Sang Monyet hanya menganguk faham dan terus melakukan kerjanya.
"Kita kena cepatkan tingalkan tempat ini. Tempat ini tidak lagi selamat kepada keluarga Sang Semut." Sang Gajah memberikan pendaptnya kepada Sang Kancil.
"Pemandu-pemandu jentolak itu mungkin akan datang kembali dan pasti ia akan membawa peralatan keselamatan diri."  jampuk si Sang Sawa.
Sang Kancil menganguk setuju dengan pendapat yang diberikan kawanya itu dan lalu berkata kepada Sang Semut.
"Sang Semut, kumpulkn keluargamu yang selamat. Kita akan tingalkan tempat ini. Tempat ini tidak lagi selamat untuk kaummu.
"Baiklah." Jawab Sang Semut.
Setelah selesai mengumpulkan keluarga semut yang selamat, mereka semua cepat-cepat meningalkan kawasan itu dan pergi ke tempat Raja Rimba.

Setelah selamat sampai di istana Raja Rimba, Raja Rimba gembira dengan kerjayaan Sang Kancil dan rakan-rakanya menyelamatkan perkampungan Sang Semut. Semua kaum Sang Semut yang selamat diberi penempatan yang sementara di istana Raja Rimba sebelum mereka mempunyai tempat tinggal yang baru dan lebih selamat. Raja Rimba memberi hadiah kepada Sang Kancil dan rakanya di atas kerjayaan mereka itu. Manakala Sang Kancil sekali lagi diberi perhormatan dari Raja Rimba atas kepintaranya menyelamatan pekampungan Sang Semut. Hal ini menyebabkan ada segelintir haiwan yang rasa cemburu atas kerjayaan Sang Kancil tersebut.

"Wahai Sang Singa engkau tidak cemburu kah diatas kerjayaan Sang Kancil itu ?". Kata si Sang Buaya kepada Sang Singa.
"Kerjayaannya menyebabkan Raja Rimba lebih menyayanginya dan semua haiwan didalam hutan ini pasti akan menghormatinya.. Bukan kah kau wahai sahabatku yang patut mendapat penghormatan itu?kau dan keturunan kau yang patut memimpin kami. Keturunan kau yang mempunyai ciri-ciri pemimpin".
Tambah si Sang buaya. Sang buaya memang dari dulu lagi tidak pernah menyukai Sang Kancil kerana Sang Kancil pernah melaporkan kerjahatanya kepada Raja Rimba dan Menyebabkan dia dihukum oleh Raja Rimba.

Mendengar sahaja kata-kata Si Sang Buaya, Sang Singa mula berfikir. Dia merasai kata-kata Si Sang Buaya ada betulnya. Dia yang patut diberi penghormatan bukannya si Sang Kancil yang lemah itu.
"Aku memang dah tidak menyukai si Sang Kancil dari dulu lagi. Tapi apa yang kita boleh buat? kita tidak mampu melawanya. Dia mempunyai Raja Rimba yang menyayanginya dan semua haiwan didalam hutan ini sangat menghormatinya dan mereka sedia membantu Sang Kancil sekiranya dia memelukan bantuan."
"Itu mudah saja wahai Sang Singa. Kita kenakan si Sang Kancil itu. Aku sedia membantumu. Aku pum tidak menyukai kat si Sang Kancil itu." Jawab si sang Buaya itu.

Sang Singa senyap seketika..Dia mula berfikir untuk kenakan Sang kancil. Dia tahu bukan mudah untuk kenakan si Sang Kancil itu.
"Tapi bagamana kita nak kenakan dia? aku buntu memikirkanya."
"Aku ada satu cara untuk kenakan dia. Aku pasti cara ini akan berjaya dan kita pasti dapat menyikirkanya." Jawab si Sang Buaya itu.
"Bagaimana.......?" Tanya Sang Singa dengan perasaan tidak sabar tahu cara untuk kenalkan Sang Kancil itu.
"Kita fitnah si Sang Kancil itu." Jawab Sang Buaya dengan jelas.
"Fitnah............?? Jawab Sang Singa yang terkejut dengan jawapan oleh sahabatnya itu.
"Ya...Kita fitnah dia. Kita memberitahu kepada semua haiwan yang dia salah mengunakan kuasa yang diberikan oleh Raja Rimba. Dia selalu membuli haiwan lain ,dia selalu menghukum haiwan lain dengan caranya sendiri tanpa mendapat pesetujuan dari Raja Rimba dan si Sang Kancil selalu membelakangi Raja Rimba dalam segala hal. Jika perkara ini sampai di telinga Raja Rimba, aku percaya dia pasti akan dihukum oleh Raja Rimba dan secara tidak lansung kita dapat singkirkan Sang Kancil dari sini." Sang Buaya memberikan penjelasan kepada Sang Singa.
"Bagus jugak cara kau itu".Sang Singa teruja dengan idea yang diberikan oleh Sang Buaya itu.
"Dan selepas Si Sang Kancil tiada lagi. Lebih mudah untuk engkau rampas kuasa dari Raja rimba kerana dia tidak lagi mempunyai penasihat yang selalu melindunginya". Jawab si Sang Buaya sambil ketawa.
"Terima kasih Wahai sahabat ku si Sang Buaya. Ideamu masuk akal, Selepas aku memimpin hutan ini.Kau si gagah aku lantik menjadi penasihat aku." Sang singa menjawab dengan pernuh keyakinan sambil kedua haiwan tersebut ketawa besar.

Fitnah yang dilemparkan oleh Sang Singa dan Sang Buaya tersebar luas di seluruh kawasan hutan itu. Hanya segelintir haiwan yang mempecayai dan ada juga haiwan yang mengangap fitnah itu hanya untuk menjatuhkan Sang Kancil semata-mata.    
Semasa dalam perjalanan Sang Kancil untuk pergi melawat sahabatnya Sang Gajah di hujung bukit,Sang Kancil terserempak dengan Sang Nuri lalu Sang Kancil menegur di Sang Nuri, tetapi Sang Nuri tidak mempedulikanya. Sang Nuri terus terbang dari tempat asalnya. Selepas itu, Sang Kancil terserempak pula dengan si Sang Kerbau, tetapi Sang Kerbau seakan-akan tidak mempedulikan kehadiran lalu ia beredar dari situ. Kejadian ini menyebabkan Sang Kancil berasal hairan dan kelakuan rakan-rakanya itu.

"Kenapa dengan mereka semua ini?". Bisik hati Sang Kancil.
Sang Kancil meneruskan perjalananya ke rumah sahabatnya itu, sampai sahaja dirumah Sang Gajah, Sang Kancil menceritakan kejadian yang belaku semasa dalam perjalan dia kesini.
"Wahai sahabatku Si Sang Kancil,adakah engkau tidak tahu akan kenapa mereka menjauhi dari dirimu?". Tanya Sang Gajah kepada Sang Kancil.
"Aku......... tidak tahu wahai Sang Gajah." Jawab Si Sang Kancil dengan pelahan-lahan .
" Adakah engkau tahu sesuatu?" Tambah Sang Kancil dengan terburu-buru, seakan-akan dia tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari Sang Gajah.
"Sang Kancil, sebab haiwan lain menjauhi darimu ialah, kerana ada yang telah menabur fitnah keatas dirimu. Mereka mengatakan yang engkau salah guna kuasa yang diberikan Raja Rimba kepadamu." Jawab Sang Gajah dengan terang.
" Percayalah wahai Sang Kancil, hanya segelintir haiwan yang mempecayainya." Tambah Sang Gajah lagi.
"Tapi kenapa aku? Padahal aku tidak pernah bermusuh dengan mereka?". Tanya Sang Kancil seakan-akan dia tidak mempecayai apa yang terjadi keatas dirinya itu.
"Dengar sini Sang Kancil, mereka tidak suka keatas dirimu kerana perasaan iri hati mereka keatas kerjayaanmu, menyebabkan kau disayangi semua haiwan kat sini dan kedudukan engkau di sisi Raja Rimba juga tinggi". Jawab Sang Gajah.
Sang Gajah senyap seketika dan selepas itu dia menyambung balik katanya "Rancangan mereka ini hanya untuk menjatuhkan kau Sang Kancil.
Mendengar jawapan dari Sang Gajah, Sang Kancil menundukan kepalanaya , selepas itu dia bertanya kepada Sang Gajah. "Apa yang perlu aku lakukan Sang Gajah"?
"Kau tidak perlu lakukan apa-apa, Kita tengok sejauh manakah fitnah ini akan tersebar, dan selepas itu kita betindak, Kita mencari bukti yang kukuh dan selepas itu,Kita akan tangkap si tidak guna tu dan serahkan kepada Raja Rimba untuk menjatuhkan hukuman.
" Baiklah, aku akan ikut caramu. Terima kasih sahabatku kerana kau sudi membantuku." Jawab Sang Kancil.
"itu.... Hal kecil saje, Engkau pum banyak membantu aku sebelum ini. Jawab Sang Gajah.
" Percayalah wahai sahabatku, Kebenaran pasti tiba nanti. Aku akan sentiasa berada dibelakangmu . Tambah si Sang Gajah.
Mendengar sahaja jawapan dari Sang Gajah, Sang Kancil tersenyum kerana dia mempunyai sahabat yang berada disampingnya di saat dia susah. Selepas meminta izin untuk pulang, Sang Kancil terus beredar dari sana. Semasa dalam perjalanan pulang Sang Kancil berasa seakan-akan haiwan lain terus menjauhi dirinya.

Fitnah yang dilemparkan kepada Sang Kancil sampai di telinga Raja Rimba, dia berasa amat marah dan dia mengarahkan agar Sang Kancil ditangkap. Tanpa unsur periksa, dia menjatukan hukuman kepada Sang Kancil. Sang Kancil dikurung di sebuah gua yang berhampiran dengan bukit.
Banyak haiwan yang terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Sang Kancil. Tetapi ada juga tidak puas hati dengan tindakan Raja Rimba dengan menjatuhkan hukuman tanpa  bicara telebih dahulu. Tetapi tindakan Raja Rimba ini menunjukan bahawa dia tidak memilih kasih dalam setiap hukuman kepada kaumnya walaupum Sang Kancil banyak membantunya.

Selepas berita hukuman yang dijatuhkan oleh Sang Kancil tersebar, Sang Buaya dan Sang Singa berasa gembira kerana rancangan untuk menjatuhkan Sang Kancil berjaya dan selepas ini mereka boleh meneruskan pecubaan mereka untuk merampas kuasa dari Raja Rimba semakin berjaya.
Manakala, Sang Gajah mendengar berita ini terus ke istana Raja Rimba untuk membutikan bahawa Sang Kancil tidak besalah. Semasa dalam pejalanan dia ternampak Sang Singa dan Sang Buaya sedang bercakap sambil ketawa dengan gembira. Sang Gajah mencuri pebualan mereka tentang pecubaan mereka untuk menjatuhkan Sang Kancil berjaya dan cubaan untuk merampas kuasa dari Raja Rimba.
Selepas itu, Sang Gajah terus pergi menangkap mereka,tetapi Sang Buaya melarikan diri didalam sungai. Berlaku pegaduhan diantara Sang Gajah dan Sang Singa. Pegaduhan itu berjaya dimenangi oleh Sang Gajah , Sang singa tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melawan Sang Gajah. Sang Gajah membawa Sang Singa besamanya mengadap Raja Rimba.
Semasa dihadapan Raja Rimba, Sang Gajah memaksa Sang Singa memberitahu tentang kebenaran yang sebenar. Pemulanya Sang Singa hanya duduk diam, tetapi dia ditendang oleh Sang Gajah,barulah dia menceritakan kebenaranya.
Raja Rimba terkejut dengan pengakuan yang diberikan oleh Sang Singa kepadanya. Dia berasal amat kecewa dengan sikapnya menjatuhkan hukuman kepada Sang Kancil tanpa unsur periksa. Dia memutuskan agar Sang Kancil dibebaskan serta merta dan Sang Singa dan Sang Buaya dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan menyebarkan fitnah.

Raja Rimba meminta maaf kepada Sang Kancil kerana menghukumnya tanpa unsur periksa. Sang Kancil memafkanya kerana dia tahu bahawa Raja Rimba sebernarnya berat hati untuk menghukumya.
Selepas berapa bulan selepas kejadian itu, Raja Rimba berasa dirinya tidak mampu lagi memimpin kerana usianya sudah tua. Raja Rimba memustuskan bahawa pengantinya selepas ini adalah Sang Kancil. Mula-mulanya Sang Kancil menolakya kerana merasakan dirinya tidak layak, tetapi apabila dipaksa oleh Raja Rimba dan disokong oleh rakan-rakanya, Sang Kancil pum menerima jawatan itu.
Pada keesokan harinya, Sang Kancil ditabalkan menjadi Raja yang baru dihadapan semua haiwan yang lain. Sang Kancil pula melantik sahabatnya Sang Gajah menjadi penasihatnya kerana kebolehan yang ada pada Sang Gajah. Semua haiwan di dalam hutan itu gembira dengan pelantikan ketua mereka yang baru iatu Sang Kancil dan mengangap bahawa Sang Kancillah yang layak memimpin mereka selepas Raja Rimba.


ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI
BC12110183








No comments:

Post a Comment