Friday 29 November 2013


TAMUGADANG RAPATKAN SILATURAHIM SESAMA INSAN.

tam

Penganjuran Tamu Gadang yang menjadi salah satu komponen penting dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini kembali menemui warga masyarakat khasnya di Kota Kinabalu. Tamugadang kali ini yang bermula pada 21 November 2013 hingga 25 november 2013.

Pelbagai aktiviti yang diadakankan pada setiap hari selama penganjuran Tamu Gadang bagi menarik lebih ramai pengunjung dari kalangan warga kampus dan penduduk setempat.Tambahan pula, tamugadang kali ini lebih menarik pada tahun sebelumnya.

Seorang penggerai, Siti Zurainah Syafie ketika ditemui berkata, penganjuran Tamu Gadang membuka ruang dan peluang yang luas untuk para peniaga memperkenalkan dan menjual produk-produk mereka.

“Sebagai salah seorang peniaga, saya berasa sangat teruja setiap kali Majlis Konvokeysen UMS diadakan. Penganjurannya setiap tahun ditunggu oleh kami, para peniaga dan juga para pengunjung,” katanya.

Beliau juga turut berpendapat acara Tamu Gadang akan lebih meriah dan mendapat sambutan luar biasa sekiranya acara tersebut dimasukkan ke dalam kalendar acara pelancongan Sabah.

Seorang lagi penggerai, Azuandi Azman berkata, selain aktiviti jual beli, Tamu Gadang dilihat sebagai salah satu acara yang dapat merapatkan jurang di antara masyarakat dan institusi ilmu.

“Sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi di negeri ini, saya merasakan mereka yang berkunjung ke Tamu Gadang secara tidak langsung berpeluang untuk merasai persekitaran institusi ilmu yang gah seperi UMS,” ujarnya. 


Ain nabila
bc12110007


No comments:

Post a Comment