Wednesday 20 November 2013

CERPEN MISTERI JALAN KOTA TUA


Usia muda adalah sesuatu yang berharga. Usia yang kuat memberontak. Usia yang ingin mencuba segala-galanya. Keagungan cinta masih mentah di usia muda. Mungkin telajak perahu boleh diundur, telajak masa tidak boleh diundur. Kadangkala, cinta di usia muda lebih kepada bernafsu syaitan berbanding dengan cinta yang tulus dan sejati. Junjungan cinta di usia muda lebih murah berbanding dengan susu cap junjung.
Setiap cermin sudah pasti menjadi mangsa golongan perempuan, bertatap dua puluh empat jam sehari mengintai di mana celanya dalam penampilan mereka. Ariana terus menampal make-up dan melakar gincu di bibirnya. Tiba-tiba Ariana tersentak mendengar namanya dipanggil dengan garau dan kuat dari arah belakang.
“Arianaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!....”
“Ada apa papa” Balas Ariana sambil merenung muka papanya.
“Kamu mengandung?” Tunkas Datuk Ramadhani dengan muka bengis.
 “Ti…tii..tiidak papa” Balas Ariana sambil menunduk kepalanya ke bawah.
“Jadi ini apa” Tunkas Datuk Ramadhani sambil menunjuk alat penguji kehamilan.
Ariana mula ketakutan melihat papanya memegang alat penguji kehamilannya.
“Er…er..” Ariana terketar-ketar ingin menjawab.
“Usah kamu nak bohong aku!!. Sanggup kamu menconteng arang di muka orang tua mu. Dengan siapa kamu melakukan hubungan terkutuk ini? Tanya Datuk Ramadhani dengan garang, Datin Salmiah menangis tersedu-sedu seperti kanak-kanak.
“Asyraf Qairi…tapi papa dia telah berjanji nak berkahwin dengan Ariana” Balas Ariana dengan menangis tersedu-sedu.
“Mana mungkin dia akan berkahwin dengan kau..Dia tu selebriti terkenal. Mulai hari ini usah lagi kau berpijak di rumah ini. Aku tiada anak yang kotor seperti kau..Pergi kau dari sini sekarang” Tunkas Datuk Ramadhani dengan marah.
Lantas, Datuk Ramadhani menarik tangan Ariana dan mengusir Ariana keluar dari rumah banglo itu. Datin Salmiah cuba menolong tetapi Datuk Ramadhani menempis tanganya.
Ariana terus membawa diri dan mula hidup bersendirian di tengah bandar metropolitan. Pada suatu malam Ariana pergi ke kelab malam yang selalu dikunjunginya dengan Asyraf Qairi. Kupu-kupu malam penuh berkeliaran di laluan, mentol-mentol begitu rakus memuntahkan pelbagai pancaran warna, muzik begitu bingit sekali dan manusia begitu ghairah sekali menari, berada di dalam dunia fantasi masing-masing. Tiba-tiba, Ariana ternampak satu sosok tubuh lelaki yang pernah dikenalinya tidak lain iaitu Asyraf Qairi yang sedang bercumbu-cumbuan dengan perempuan lain.
“Dasar lelaki playboy
Asyraf Qairi tersentak mendengar sapaan itu.
“Ariana apa you buat dekat sini?” Jawab Asyraf Qairi dengan spotan.
Honey…bukankah you sudah putus dengan perempuan ni?” Tanya Zarina kepada Asyraf Qairi.
“Oooo…sebab perempuan ni you jauhkan diri dari I” Balas Ariana.
“Ariana please dengar dulu penjelasan I ” Tunkas Asyraf Qairi.
“Penjelasan apa lagi yang you nak jelaskan. I  tidak akan gugur kandungan ni. I  nak you bertanggunjawab” Balas Ariana dengan tegas sambil mengunggurkan biji-biji jernih dari matanya dan berlalu pergi.
Asyraf Qairi menyuruh kawanya Azlan dan Harris mengejar dan memujuk Ariana supaya mengunggurkan kandungan. Pujukan Azlan dan Harris tidak berjaya melembutkan hati Ariana. Azlan dan Harris mengambil keputusan untuk menghantar Ariana pulang. Sewaktu melalui jalan Kota Tua, Ariana mahu turun dan minta diberhentikan kerana terlalu bosan dengan pelbagai ragam pujukan Azlan dan Harris sepanjang penjalanan. Azlan terus memberhentikan kereta dan berlalu pergi. Ariana mula berjalan langkah demi langkah dengan bersendirian.Tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemabuk dengan memandu kereta ke kiri, ke kanan, ke tengah lalu melanggar Ariana. Ariana jatuh terpelating ke dalam longkang yang dalam dan meninggal dunia. Kematian Ariana juga tiada siapa ketahui dan Ariana telah menjadi mangsa langgar lari. Ajal maut seseorang tidak pernah kita ketahui, yang dicipta akan kembali kepada penciptanya. Roh Ariana tidak tenteram dan mula merancau-rancau kerana tidak disemadikan.
Hari demi hari, detik demi detik genaplah dua hari Ariana meninggal dunia. Asyraf Qairi bijak berkata-kata dalam mengayat perempuan. Batu yang keras bisa menjadi cair. Ketampanannya menyebabkan ramai perempuan yang hanyut dalam godaanya. Asyraf Qairi menggunakan segala kelebihannya untuk menggoda gadis-gadis di luar sana. Asyraf Qairi menjadikan wanita tempat melampiaskan nafsu syaitan.
“Asyraf Qairi…..Asyraf Qairi….”
Asyraf terdengar namanya dipanggil dari tingkat bawah. Asyraf Qairi mula bangkit dari ranjangnya.
“Aneh siapa yang memanggil-manggil namaku waktu tengah malam macam ni” Desis hati kecil Asyraf Qairi.
“Asyraf Qairi..”
Asyraf Qairi terus mengikut arah alunan namanya dipanggil. Suara itu datangnya dari ruang dapur rumahnya. Jantungnya berdengup kencang. Bulu roma tangan dan tekuk Asyraf Qairi mula berdiri. Asyraf Qairi cuba memberanikan diri. Tapak demi setapak Asyraf Qairi melangkah menuju ke ruang dapur.
 “Gurllllllllllddddddd” Asyraf Qairi menelan air liurnya. Kakinya mula terketar-ketar. Tubuhnya mula menginggil,dan sejuk panas mula terasa. Wajahnya mula dikerumuni dengan peluh yang bertalu-talu. Alangkah terkejut Asyraf Qairi melihat wajah seorang perempuan yang begitu jelik, matanya bonjol terkeluar, rambutnya panjang mencecah lantai, darah memancut-mancut di kepala, dadanya penuh diratap ulat dan kakinya tidak menjejak lantai.
“AAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” Asyraf Qairi menjerit ketakutan.
“Fuhhhhhhhhhsssssssssss…mimpi rupanya” Desis hati kecil Asyraf Qairi.
Asyraf Qairi terus mencapai Blueberrynya di atas meja lampu tidur. Dalam paparan skrin Blueberrynya menunjukan jam satu pagi. Perempuan misteri yang hadir dalam mimpinya terus melayang-layang dalam fikirannya. Malam yang masih panjang ini menyebabkan Asyraf Qairi tidak boleh melelapkan matanya. 
Keesokannya, Asyraf Qairi membuat shooting bagi drama “Analogi Cinta”. Asyraf Qairi memegang watak Hero dan Zarina memeganag watak Heroin. Setelah habis shooting pihak media berlumba-lumba mengekori Asyraf Qairi dan Zarina.
“Boleh saya bersembang dengan Encik Asyraf Qairi dan Cik Zarina sekejap?” Kata salah seorang daripada pihak media. Zarina mula mengedik-gedik dalam pelukan tangan Asyraf Qairi.
“Boleh saya tahu siapa teman-teman wanita Encik Asyraf Qairi sebelum Cik Zarina?” Kata salah seorang pihak media yang lain.
“Eh…Bro kau siapa nak sibuk hal aku. Hal peribadi aku tiada kaitan langsung dengan kau bangang” TunkasAsyraf Qairi lantas menolak pihak media yang menganjurkan soalan itu tadi sampai tersungkur ke tanah dan berlalu pergi.
“Sombong punya artis poyo ni” Kata salah seorang pihak media yang lain.
Asyraf Qairi dan Zarina berjalan berpeluk-pelukan pergi ke parkir kereta. Dari jarak jauh Zarina sudah perasan kereta Asyraf Qairi diconteng dengan kata-kata yang kesat.
“Bukankah kereta you yang kena conteng itu” Kata Zarina sambil menunjuk dengan jari telunjuknya kearah Honda Jazz putih Asyraf Qairi.
“What?...Mampus I kerjakan kalau  kedapatan siapa yang buat kerja gila ni kat kereta I” Balas Asyraf Qairi dengan marah. Kemarahannya lebih nampak dari mukanya yang putih itu umpama udang kena bakar. Zarina cuba menenangkan Asyraf Qairi.
“Sayang…jom kita pergi car wash biar I jer bayar” Kata Zarina dengan penuh manja.

I’ve tried playing it cool
But when I’m looking at you
I can’t ever be brave
‘Cause you make my heart race
Shot me out of the sky
You’re my kryptonite
You keep making me weak
Yeah, frozen and can’t breathe

Deringan Blueberry Asyraf Qairi mendayu-dayu.
Hello”
“Sayang you dekat mana?..tolong ambil I please. Kereta I pancit” Kata Elyana.
You cakap dengan siapa tu?” Soal Zarina kepada Asyraf Qairi.
Asyraf Qairi cuba mencari jawapan yang bernas untuk menjawab soalan Zarina.
“Entah la…I pun tak kenal, tersalah dial kut” Jawab Asyraf Qairi kepada Zarina dan terus menekan punat mematikan Blueberrynya.
Tut..tut…tut….
“Sayang you cakap tak kenal I…Helloooooo…helloooooo…hellllllloooooo, dasar lelaki tak gunaTunkas Elyana seorang diri.
Setelah tiba di car wash, Asyraf Qairi menyuruh pekerja-pekerja di situ mencucikan keretanya daripada tipografi-tipografi yang membawa maksud menjelikan itu. Asyraf Qairi dan Zarina terus  duduk berkurung di dalam kereta. Dalam keasyikan Zarina mengenakan make-up dimukanya tiba-tiba Zarina ternampak seorang perempuan yang hodoh dengan matanya tercungkil keluar, memakai baju putih yang lusuh, mukanya bertompok-tompok darah dan wajahnya menjadi santapan ulat, lidahnya panjang terjelir keluar dan urat perutnya terburai berada di tempat duduk penumpang belakang dalam cermin make-upnya.
“AAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” Terus Zarina bertepik ketakutan.
“Sayang you ni kenapa bertepik. Dah buang tabiat erk” Kata Asyraf Qairi.
I….I…na…nam..nampak” Zarina terketar-ketar.
You nampak apa sayang. Cuba you cerita dekat I apa yang you nampak tadi” Tunkas Asyraf Qairi.
“Sayang I nampak perempuan jelik dengan biji matanya terkeluar dari tempat duduk belakang..I takut..” Jawab Zarina dengan menangis berbaur ketakutan.
“shhhhiiiisssssss….shhhhiiissssss…..mana ada hantu siang-siang hari macam ni” Pujuk Asyraf Qairi. Selepas selesai mencuci kereta terus Asyraf Qairi menghantar Zarina pulang.
Asyraf Qairi terasa tertekan apa yang dihadapi olehnya sekarang. Perempuan misteri yang menakutkan itu selalu hadir dalam mimipinya. Pada sebelah petangnya Asyraf Qairi pulang ke rumah lamanya. Rumah lama Asyraf Qairi terpaksa melintasi jalan Kota Tua.
Ketika malam masih muda, Asyraf Qairi duduk bersantai di atas sofa yang empuk dihiasi pula dengan batu-batu marmar yang diimport dari Itali yang harganya mencecah beribu-ribu ringgit sambil menonton rancangan televisyen touchscreenya . Tiba-tiba Asyraf Qairi terdengar daun pintunya dikentuk-kentuk dengan kuat. Lonceng kehadiran tetamu melagu-lagukan. Asyraf Qairi melulu pergi membuka pintu.
“A…A.aaa….AAaaariana” Tunkas Asyraf Qairi kehairanan dengan kehadiran Ariana.
“Sayang…I miss you”  Balas Ariana.
“Macam mana you tahu I ada dekat sini?” Soal Asyraf Qairi kepada Ariana.
“Yang tu tak penting. I ada bawa berita happy for you” Jawab Ariana dengan memlemparkan senyuman manis.
“Berita apa?” Balas Asyraf Qairi dengan tidak sabar mahu mendengar.
I dah gugur kandungan kita seperti yang you minta sebelum ni” Jawab Ariana.
Really..yes I very happy honey”  Tunkas Asyraf Qairi terus memeluk Ariana dan mempelawa Ariana masuk ke dalam rumahnya.
Bagi Asyraf Qairi malam ini adalah malam yang indah untuk mereka berdua. Malam yang boleh mereka melakukan apa sahaja. Bagi Asyraf Qairi seks adalah keutamaannya setiap kali perempuan menjadi pasangan couplenya. Asyraf Qairi terus menggoda Ariana dengan pelbagai cara dari atas hingga ke bawah dan dari ruang tamu hingga ke ranjang. Dalam keasyikan begitu yang ghairah tiba-tiba blueberry Asyraf Qairi begitu bingit berbunyi. Nama Zarina terpapar di skrin blueberry . Terus Asyraf Qairi menekan punat menjawab panggilan.
Hello”
Hello you kat mana ni?” Tanya Zarina dengan termengah-mengah.
I kat rumah lama I. Kenapa?” Jawab Asyraf Qairi.
“Aa..Aaa..Ariana” Balas Asyraf Qairi.
“Why” Tanya Asyraf Qairi
“Ariana sudah meninggal dunia empat hari yang lepas, mayat Ariana dijumpai jalan kota tua di dalam longkang” Balas Zarina.
What you talking about Zarina, you jangan main-main” Tunkas Asyraf Qairi.
I seriously Asyraf Qairi” Balas Zarina.
“Habis dengan aku tadi siapa” Desis hati Asyraf Qairi dengan ketakutan. Terus Asyraf Qairi berpaling ke arah belakang alangkah terkejut melihat perempuan misteri yang selalu hadir dalam mimpinya berada di atas ranjangnya dengan wajah begitu menakutkan. Blueberry yang dalam genggaman tangannya terus terhempas ke lantai.
Tuttttttttttt……tttttttuuuutttttttt…tuuuutttt..talian panggilan Zarina dan Asyraf Qairi terputus.
“Asyraf…Asyraf..” Zarina memanggil Asyraf Qairi.
“Siapa kau” Tanya Asyraf Qairi kepada perempuan yang menankutkan itu.
“Aku adalah masa silam kau” Jawab perempuan yang menakutkan itu.
“Tidak, aku tidak kenal kau siapa” Balas Asyraf Qairi dengan ketakutan.
“hihihihihihihihihihihihi…hihihihihihihihihihihhihii..hihihihihihihihi…..’ perempuan yang menakutkan itu terus mengilai. Sekali-sekala dia berubah kepada wajah Ariana dan terus menghilang.
“Kau harus menerima balasannya, kemana kau pergi akan aku ikuti” Suara ini terus bermain-main di dalam rumah Asyraf Qairi.
Asyraf Qairi panik bercampur ketakutan terus mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi. Bayang-bayangan perempuan yang menakutkan itu terus mengikuti Asyraf Qairi. Perempuan misteri itu selalu muncul di hadapan mata kasar Asyraf Qairi. Sewaktu melalui jalan Kota Tua, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Asyraf Qairi hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok . Akibat pendarahan teruk di kepala akhirnya Aysraf Qairi meninggal dunia di tempat kejadian.

MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
( BC12160189 )










No comments:

Post a Comment