Friday 29 November 2013

PERPADUAN ASAS KEHIDUPAN.
Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi,dan membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat negara kita. Perpaduan juga merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan keharmonian, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini. Kerajaan telah sedar akan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan Negara. selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi, selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dikenalpastikan untuk merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang kita lama harapkan.
Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah pembangunan negara.
Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan "1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan untuk menjana pembangunan Negara.
Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh dari segi kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang mementingkan prinsip bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar. Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini, perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan perpecahan kaum juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru, masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh.
Kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar kerajaan dapat melahirkan masyarakat yang lebih adil dari segi sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Melalui wadah ini, perpaduan rakyat dapat diwujudkan.
Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat. Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"
Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal sendiri dalam menjayakan perkara ini.
 Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum. Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri sendiri. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental. Ibu bapa juga merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi.

Secara tuntasnya, perpaduan merupakan komponen utama dalam pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi negara. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang teguh, bersatu padu dan berdaya saing.sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!


AIN NABILA
BC12110007

No comments:

Post a Comment