MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR (MPP) ANJUR CABARAN BEBASIKAL SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UMS
Sempena meraikan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS)
ke-15, buat pertama kalinya universiti Eko-Kampus itu akan menganjurkan
aktiviti berbasikal pada waktu malam sebagai salah satu acara pengisian Tamu
Gadang.
Menurut Penasihat aktiviti berkenaan, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin,
penyertaan itu adalah terbuka kepada orang ramai bermula dari Tapak Tamu
Gadang UMS.
“Para peserta Cabaran Berbasikal Malam Konvo UMS ini akan dilepaskan
sekitar jam 8.00 malam dan akan melakukan kayuhan sejauh 20 kilometer
mengelilingi UMS menggunakan laluan yang sering dilalui oleh kumpulan-kumpulan
basikal yang kerap beriadah di dalam kampus. Mereka yang berjaya menghabiskan jarak
laluan pada masa yang ditetapkan akan menerima sijil,” ujarnya ketika dihubungi
Media Canselori.
Tambah beliau, peserta yang yang berminat boleh menghubungi Pang Ngiap
Ting di talian 0168349934, manakala mereka yang telah mendaftar dikehendaki
berkumpul di Tapak Tamu Gadang seawal jam 7.00 malam pada hari acara tersebut
diadakan.
Ketika ditanya mengenai manfaat dalam kegiatan aktif beriadah seperti
berbasikal itu, Dr. Nizam yang juga Pensyarah Program Sains Sukan berkata, ia
mampu membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
obesiti dan diabetes.
“Kadar latihan yang sederhana dapat mengurang tekanan dan stres,
memperbaiki emosi dan meningkatkan keyakinan. Aktiviti berbasikal ini juga
dapat meningkat kecergasan fizikal seperti ketahanan kardiovaskular, kekuatan
dan koordinasi,” jelasnya lagi.
Cabaran berbasikal itu merupakan anjuran bersama Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) dan pelajar Sains Sukan (Pengurusan Sukan) tahun 2 dan 3.
Selain bertujuan memperkenalkan UMS sebagai destinasi berbasikal yang
selamat kepada warga bandar raya Kota Kinabalu ia juga sekali gus mengukuhkan
jalinan akrab antara UMS dengan masyarakat melalui sukan.
ZAIROL HAFIZ BIN ZAIDI
BC12110183
No comments:
Post a Comment