Monday 28 October 2013

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994.Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.

Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.

Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan.

Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi. Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan setakat ini merupakan ambilan ketiga oleh pusat tersebut.

Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad Cemerlang". Lagu rasmi UMS juga bertajuk "Bertekad Cemerlang"



 MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL 
 ( BC12160189 )


No comments:

Post a Comment