Monday 28 October 2013

UMS martabatkan ilmu bahasa

Pada 22 Oktober 2013 baru-baru ini sempena ucapan perasmian sempena Persidangan Bahasa, Linguistik dan Masyarakat Antarabangsa (UCLALIS) 2013, telah terpapar di Utusan mengatakan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah komited dalam mengembang dan memperkasakan pengetahuan terutama dalam penguasaan bahasa dan sosial terhadap pelajarnya sebagai usaha melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai aspek. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah selaku Naib Canselor berkata usaha pihak universiti berkenaan bertujuan agar pelajar UMS mempunyai persiapan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan apabila menamatkan pengajian kelak. Pihak mereka akan bekerja setiap masa bagi memenuhi matlamat ini dengan mewujudkan tiga teras pengajian iaitu dalam bidang bahasa, penyelidikan liberal dan kursus wajib.Ketiga-tiga adalah pengajian bahasa merupakan satu bidang kursus yang amat luas melibatkan semua pelajar di UMS. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Prof. Dr. Vincent Pang.Sempena dengan persidangan itu, pembentangan kertas kerja utama turut disampaikan Prof. John. M. Wales dari Universiti Michigan Ann Arbor, Amerika Syarikat.Dalam pada itu, Mohd. Harun berkata, PPIB selaku pusat pengajian ilmu dan bahasa yang penting di UMS memainkan peranan utamanya bagi melahirkan individu pelajar yang memiliki pengetahuan serta kemahiran seimbang.Mengenai persidangan itu, beliau menambah, ia bertindak sebagai platform kepada para pelajar, pendidik dan orang perseorangan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang bahasa masing-masing.Katanya, langkah tersebut juga menjadi misi UMS dalam menggalakkan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan pengalaman para peserta persidangan itu untuk kemajuan Negara.

AIN NABILA BT AZMI
BC12110007

No comments:

Post a Comment