Monday 28 October 2013

SAMBUTAN BULAN BAHASA 2013






Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) telah mengha
ntar wakil daripada pelajar jurusan penulisan dan tarian untuk menyajikan satu persembahan yang bertemakan " Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 ". Persembahan ini telah diadakan pada 26 Oktober 2013 ( Sabtu ) dan bertempat di Centre ATRIUM, One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Anjuran ini adalah hasil kerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan, Sabah.

Pelajar-pelajar yang mewakili Sekolah Pengajian Seni telah membuat satu persembahan sketsa yang digabungkan dengan lakonan, tarian, pantun, lagu puisi, sajak dan teka-teki bersama pengunjung yang datang. Persembahan ini juga dibawah seliaan Encik Lokman Abdul Samad, Encik Suhaimi Mohd Yasin, Encik Shahrifuddin bin Zainal dan Puan Tang.

Nilai yang digarapkan dalam pementasan sketsa ini menonjolkan tentang generasi pada zaman sekarang lebih mengagung-agungkan bahasa asing daripada bahasa ibunda iaitu bahasa kebangsaan. Jelaslah kelihatan kebanyakan generasi pada zaman sekarang tidak suka dengan budaya berpantun, malah mereka menganggap  kuno.

Bahasa Melayu juga mempunyai keunikan tersendiri. Keistimewaan bahasa Melayu ialah melambangkan identiti budaya orang melayu yang sangat kehalusan dan ketelitian.

Tujuan sambutan ini diadakan untuk memartabatkan lagi bahasa ibunda yang semakin hari semakin tenggelam dengan harus permodenan.


MUHAMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
                                                                                                                      
( BC12160189 )

No comments:

Post a Comment