Thursday 9 January 2014

Apakah yang harus kita lakukan untuk mengurangkan konflik keagamaan di Negara kita.

Konflik keagamaan tidak seharusnya berlaku dalam Negara kita ataupun di seluruh dunia. Soal keagamaan amat serius dalam membincangkan dari segi konflik atau masalah dalam kehidupan masyarakat. Di Malaysia, terutamanya di sabah agama yang dapat dilihat ialah islam, kristian, hindu dan budha. Diantara keempat-empat agama ini majoritinya dianuti oleh golongan yang beragama islam. Walau bagaimanapun, penganut islam yang majoritinyaadalah muslim menghormati pelbagai agama yang ada di sekitarnya. Apabila berlakunya konflik keagamaan di Negara kita, pelbagai masalah dan rintangan akan berlaku. Hal ini juga akan memberikan kesan yang dalam terhadap semua lapisan masyarakat. Oleh itu, sebagai seorang masyarakat yang berpendidikan dalam semua bidang dan orang yang beragama kita haruslah mengurangkan atau mengekang konflik keagamaan yang berlaku di Negara kita. Semua masyarakat haruslah bersama berganding bahu dan bekerjasama dalam mengurangkan isu yang sensitif ini.
Pertama sekali, apa yang harus kita lakukan untuk mengurangkan konflik keagamaan ialah dengan menanam sifat memahami dalam setiap penganut  agama. Sifat memahami dalam segenap aspek amat penting untuk mengelakkan isu ini terjadi. Kefahaman dalam kehidupan beragama mencerminkan kehormatan terhadap agama lain walaupun berbeza pendapat dan ajaran. Islam, kristian, budha, dan hindu adalah sebuah agama yang berpegang teguh kepada kepercayaan kepada tuhan dan melakukan kebaikan. Hal ini sama sekali tidak menyalahi mana-mana norma masyarakat kerana sebagai seorang yang hidup beragama kita harusah menasihati dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka mana yang perlu. Kefahaman dan kehidupan beragama amat perlu dan wajar dilakukan untuk kebaikan semua pihak. Kefahaman yang di maksudkan di sini ialah dari segi kepercayaan, makanan, elemen penyembahan, dan juga sikap sesetengah agama. Kesemua unsur ini harus difahami oleh semua penganut agama untuk mengelakkan konflik agama berlaku.
Seterusnya, disamping mempunyai kefahaman dalam situasi beragama kita juga seharusnya mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan. Toleransi ialah sesuatu sifat yang perlu ada dalam diri setiap orang yang beragama. Toleransi ini juga akan mengekang permasalahan dalam konflik beragama walau di mana juga. Setiap agama mempunyai simbol tersendiri iaitu lambing kepada pegangan agama masing-masing. Islam, kristian, hindu dan
budha adalah sesuatu agama yang utuh dan mendapat penghormatan dari penganutnya. Sikap toleransi seperti bersama-sama dalam memupuk perpaduan, kasih sayang, saling menghormati dan berbudi bahasa adalah perlu di miliki bagi mencorak sebuah kehidupan beragama tanpa adanya masalah atau konflik dalam kehidupan beragama.
Tambahan pula, toleransi dalam beragama ini perlu di pupuk dari kecil lagi kerana apabila meningkat dewasa kefahaman berkenaan menghormati agama lain tidak asing dalam diri kita. Mengikut maklumat yang tepat dari sumber tertentu, toleransi amat penting untuk memastikan sesebuah agama itu berjaya. Tamadun sesebuah agama itu juga akan berkembang kerana toleransi yang diamalkan tanpa mempunyai persengketaan dalam aspek beragama. Dengan itu, toleransi amat penting bagi mengelakkan terjadinya konflik dalam beragama di Negara kita.
Bukan itu sahaja, malah kesederhanaan dalam beragama juga boleh mengelakkan konflik atau masalah dalam beragama. Kesederhanaan dalam beragama amat perlu dimiliki oleh setiap golongan yang menganut  agama masing-masing. Semua agama di dunia mengajar penganutnya untuk hidup dalam  kesederhanaan dalam kehidupan. Kesederhanaan dapat diperoleh dengan adanya sikap toleransi dan memahami yang ada pada setiap manusia. Kesederhanaan dalam beragaa ini penting dengan tujuan tidak menunjuk-menunjuk kepada agama lain. Oleh ini, sikap ini patut dikekalkan untuk mengelakkan konflik dalam beragama berlaku.

Kesimpulannya, perlunya bagi setiap masyarakat untuk mengekang konflik dalam beragama ini kerana ianya amat memberi kesan kepada semua golongan. Toleransi, memahami dan juga berkesederhanaan dalam hidup beragama adalah sebuah elemen yang kuat bagi mengelakkan segala permasalahan berlaku.    

NOR MUHAMMAD MUSTAQIM BIN YAACOB
BC12160218

No comments:

Post a Comment