Monday 6 January 2014

SITI NORHAYATI BT SHAMSUDIN
BC12160225      
SEKOLAH PENGAJIAN SENI
      Sekolah Pengajian Seni lahir pada 13 April 1999, bertujuan untuk menyediakan pakar dan karyawan seni yang memahami ilmu sains, teknologi dan industri. Sekolah Pengajian Seni berusaha bergerak seiring dengan kemajuan negara untuk melahirkan para pencipta yang berkemampuan merencanakan dan menerapkan ilmu kesenian dan kemanusiaan yang bersepadu. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program-program di Sekolah Pengajian Seni dirangka dengan melihat fakto kemanusiaan, faktor kemasyarakatan, faktor persekitaran dan faktor peguasaan teknologi yang kini banyak mempengaruhi proses pembinaan seni.
       Sekolah Pengajian Seni juga melaksanakan ilmu kesenian dengan menggembleng faktor-faktor di atas agar berjaya melahirkan siswazah yang bukan sahaja mahir dalam sesuatu bidang seni, malah juga melahirkan ahli intelek seni, ahli korporat seni dan para seniman, selaras dengan keperluan negara ynag sedang maju dan mempunyai wawasan untuk mempertingkatkan kemampuan warganya dalam mengaplikasikan pelbagai ilmu untuk mencapai sesuatu matlamat bagi menghadapi cabaran alaf baru.
       Sekolah Pengajian Seni merupakan sebuah pusat pengajian yang memberi tumpuan kepada pengajian seni visual, media dan seni persembahan melalui penawaran tiga program iaitu Program Seni Kreatif, Program Pengajian Muzik dan Program Teknologi Seni Visual. Sekolah ini menawarkan kuliah-kuliah pengajaran yang berasaskan latihan studio, kerja makmal serta latihan pementasan. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu berpandukan modul-modul khas oleh para pensyarah yang berbakat dan berpengalaman. Sekolah Pengajian Seni berusaha menjadikan sekolah ini sebagai pusat penyelidikan terulung pada peringkat prasiswazah. Kedudukan universiti yang berada di tengah-tengah masyarakat berbilnag kaum yang mengandungi lebih daripada 30 kumpulan etnik memberikan peluang-peluang penyelidikan dan penerokaan berbagai disiplin kesenian kepada para pelajar untuk mengkaji kesenian/budaya etnik peribumi di Borneo dan uga kesenian serta kebudayaan rakyat di Malaysia.

23ProfMadyaAbdJamalAbdHamidcopy   Dekan  : Profesor Madya Abdul Jamal Abd Hamid

3 comments: