Monday 6 January 2014

Program Senam Sihat Satu Inovasi Bersama Ketua Menteri.

Pada hari Isnin bersamaan 6 haribulan Januari 2014,Ketua Menteri yang merupakan Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Musa Aman mengadakan Program Senam Sihat bersama pelajar UMS yang dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini sebagai satu usaha mengukuhkan silaturahim dan budaya muafakat dalam kalangan masyarakat. Program Senam Sihat dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bank Muamalat dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP) UMS berjaya menghimpunkan 1435 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMS.
Katanya, melalui inovasi tersebut, sambutan Maulidur Rasul yang dirayakan saban tahun tidak lagi hanya memfokuskan program keagamaan, malah merangkumi program kesihatan seperti senam sihat yang turut disertai pelbagai lapisan masyarakat.
"Kesihatan amat penting bukan sahaja dalam menjalankan ibadah tetapi juga menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif pada Program Senam Sihat sempena sambutan Maulidur Rasul 1435H di Kompleks Sukan UMS. 
Sebelum itu, Naib Canselor UMS berkata program tersebut amat bersesuaian untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar memandangkan UMS sedang berada dalam mode minggu peperiksaan.

ain nabila azmi
bc12110007

No comments:

Post a Comment