Monday 6 January 2014

SITI NORHAYATI BT SHAMSUDIN
BC12160225
KARMA UMS Cungkil Bakat Pelajar Penulisan Dalam Seni Lakon
           KHAMIS, 19 DISEMBER - Program Apreasiasi Naskhah bukti kemampuan Kelab Rakan Sastera Mahasiswa (KARMA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam melahirkan pelajar yang mahir  dan berkualiti dalam persembahan seni yang menggabungkan kreativiti penulisan, teater, tarian, muzik, visual dalam persembahan seni.
         Pensyarah Sekolah Pengajian Seni Lokman Abdul Samad berkata, kemampuan kelab KARMA dalam mengendalikan program ini bukan hanya berjaya diperingkat universiti sahaja malah ia pasti akan mampu beraksi di luar sana demi kepentingan masyarakat untuk mendekati KARMA sebagai platform ilmu sastera dan seni.
      “KARMA merupakan pertubuhan yang aktif di Sekolah Pengajian Seni yang banyak melakukan perubahan dan pembaharuan dalam mempertingkatkan mutu seni negara. Ahli tetapnya adalah daripada pelajar major penulisan dan juga penyertaan dari sekolah lain yang berminat dalam sastera.”
    “Program ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam setiap kumpulan yang mempersembahkan bakat yang mereka ada.  Komitmen dalam mata pelajaran yang mereka ambil dalam major penulisan bukan penghalang bagi mereka untuk menguasai seni persembahan,” katanya pada Program Malam Apresiasi Naskhah Di Theatrette Ahmad Nisfu, baru-baru ini.
        EN.Lokman berkata, perkembangan ini membuktikan bahawa mata pelajaran penulisan bukan hanya berfokus pada aktiviti penulisan sahaja, tetapi ia meliputi semua bidang seni yang mereka pelajari di Sekolah Pengajian Seni.
“Dalam program persembahan apreasiasi naskhah ini membuktikan KARMA sebagai platform yang amat penting bagi menyatukan pelajar seni kreatif dibawah program major penulisan untuk memperkembangkan bakat yang mereka ada meskipun mereka di bawah major penulisan,” jelasnya.

       Program Apresiasi Naskhah KARMA UMS merupakan salah satu inisiatif kumpulan pelajar dalam menyatukan golongan pengamal seni, selain menarik perhatian agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjalinkan kerjasama erat dengan dalam melaksanakan program berkaitan kemasyarakatan. 

No comments:

Post a Comment