Monday 6 January 2014

SITI NORHAYATI BT SHAMSUDIN
BC12160225
PASCASISWAZAH
Universiti Malaysia Sabah menyediakan pelbagai program pascasiswazah yang menarik, daripada ijazah sarjana sehinggalah keperingkat kedoktoran, sama ada secara sepenuh atau separuh masa. Program pascasiswazah dibentuk sebagai maklumbalas kepada keperluan graduan yang berorientasikan kerjaya serta bakal majikan. Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS) memainkan peranan yang signifikan dan telah diamanahkan untuk mentadbir hal ehwal berkaitan dengan pengajian pascasiswazah.
     Kekuatan UMS terletak dalam menyediakan pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti dengan fokus cerapan dan professional yang mantap. Kerjasama daripada warga akademik dan professional adalah asas kepada kejayaan dalam kedua-dua program kerja kursus dan penyelidikan. Kursus-kursus dibangunkan daripada hasil perbincangan dengan majikan dan golongan profesional untuk memastikan kerelevanan program pascasiswazah dengan sektor industri, perdagangan dan awam. Di samping itu, kebanyakan ahli penyelidik di UMS mempunyai rangkaian di peringkat tempatan, wilayah, kebangsaan dan antarabangsa.

     Kemudahan-kemudahan di UMS adalah cemerlang. Sebagai institusi pendidikan awam yang termuda di Malaysia, kebanyakan bangunan-bangunan akademik adalah baru serta dibina sesuai untuk tujuan penyelidikan pengajian tinggi. Pusat Pengajian Pascasiswazah menggalakkan siswa-siswi daripada pelbagai latarbelakang menyertai program pascasiswazah di UMS.

No comments:

Post a Comment