Monday 6 January 2014

UMS Amal Perbelanjaan Berhemah.

Di Kota Kinabalu,Sabah bersamaan 24 disember 2014 telah melaksanakan program perbelanjaan secara berhemah dan bijak menjadi tanggungjawab semua organisasi bagi mengelak sebarang amalan pembaziran. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, UMS sebagai badan berkanun Persekutuan, adalah wajar untuk pihaknya berbelanja dan menguruskan hal-hal kewangan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan.
"Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) melaksanakan setiap aktiviti berdasarkan konsep 'belanja berhemah', berdasarkan akauntabiliti kita sebagai pegawai pengawal mengikut Akta Acara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan serta Peraturan kewangan Dan Perakaunan UMS," katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Konsultasi Bajet UMS 2013, di sini semalam.
Bengkel berkenaan diadakan bertujuan menerangkan kedudukan kewangan UMS berdasarkan peruntukan bajet yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kata Mohd. Harun lagi , bengkel anjuran Jabatan Bendahari tersebut antara lain turut membuka ruang mencari kaedah terbaik untuk menjana pendapatan tambahan atau mengurangkan kos operasi melalui perancangan kewangan yang strategik dan langkah-langkah penjimatan universiti.

ain nabila azmi
bc12110007

No comments:

Post a Comment