Monday 6 January 2014

SITI NORHAYATI BT SHAMSUDIN
BC12160225
SEKOLAH SAINS SOSIAL
       Sekolah Sains Sosial terus melangkah ke hadapan dengan wadah perjuangan akademik dan melahirkan modal insan yang bersahsiah tinggi. Sejak ditubuhkan pada 1995, Sekolah Sains Sosial kini menawarkan enam (6) program pengajian iaitu Komunikasi, Hubungan Industri, Sosiologi dan Antrapologi, Hubungan Antarabangsa, Geografi dan Sejarah selaras dengan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa yang kompetitif. Kursus-kursus yang ditawarkan direkabentuk bukan sahaja tertumpu pada aspek-aspek akademik tetapi juga memberikan pendedahan kepada para pelajar dalam mempersiapkan diri mereka menghadapi dunia pekerjaan. Ini termasuk membentuk modal insan yang berdaya-saing di persada antarabangsa misalannya melalui program pertukaran pelajar dengan universiti-universiti di luar negara. Persekitaran yang indah dan kondusif, kemudahan yang lengkap serta jalinan rangkaian yang luas dengan institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara memastikan peluang-peluang kerjasama dalam hal-hal akademik, penyelidikan dan penerbitan sentiasa terbuka luas.

       Sekolah Sains Sosial beriltizam untuk mencapai kecemerlangan akademik di dalam dan luar negara serta memartabatkan ilmu dalam mendukung misi dan visi universiti iaitu "Bertekad Cemerlang'.

No comments:

Post a Comment