Saturday 11 January 2014

MALAM APREASIASI NASKHAH MENCUNGKIL BAKAT PELAJAR PENULISAN DALAM SENI LAKON
Khamis, 19 Disember 2013 – Program Apreasiasi Naskah bukti kemampuan Kelab Rakan Sastera Mahasiswa ( KARMA ) Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) dalam melahirkan pelajar yang mahir dan berkualiti dalam persembahan seni yang menggabungkan kreativiti penulisan, teater, muzik, dan visual dalam persembahan.

Encik Lokman Abdul Samad merupakan pensyarah Sekolah Pengajian Seni dan selaku tenaga pengajar bagi khusus Apreasiasi Naskhah. Kemampuan kelab KARMA dalam mengendalikan program ini bukan hanya berjaya diperingkat universiti sahaja malah ia pasti akan mampu beraksi dalam bidang kerjayanya kelak. Kelab KARMA juga merupakan platform ilmu sastera dan seni.

Encik Lokman berkata, perkembangan ini membuktikan bahawa mata pelajaran penulisan bukan hanya berfokus pada aktiviti penulisan sahaja, tetapi ia meliputi semua bidang yang mereka pelajari di Sekolah Pengajian Seni.


Program Apresiasi Naskhah KARMA UMS merupakan salah satu inisiatif kumpulan pelajar dalam menyatukan golongan pengamal seni, selain menarik perhatian agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjalinkan kerjasama erat dalam melaksanakan program berkaitan kemasyarakatan.


MUHAMMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
BC12160189

No comments:

Post a Comment