Friday 10 January 2014

UMS Lancar Aplikasi Mudah Alih untuk Pengguna Gadjet Pintar............


Pada hari Jumaat bersamaan 10 Januari 2014, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melancarkan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun oleh semua pengguna gadjet pintar android pada hari ini. Pelancaran aplikasi itu merupakan salah satu usaha untuk memenuhi objektif Bidang Keberhasilan Utama Universiti (UMS-KRA) yang ke-4 iaitu memperkukuh tadbir urus, kepimpinan dan sistem penyampaian. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah selepas Majlis Perhimpunan Jabatan Canselori di Galeri Majlis universiti eko-kampus itu.  Aplikasi tersebut yang dihasilkan melalui inisiatif Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) boleh diakses melalui jalur lebar tanpa wayar (Wi-Fi) atau mobile data. Lebih seratus kakitangan Jabatan Canselori hadir pada majlis perhimpunan tersebut. Hadir bersama, Bendahari UMS, Tuan Hj Rizal Othman; Ketua Pustakawan, Dayang Rukiah Ag. Amit; Ketua Jabatan Canselori, No’man Datuk Hj. Ahmad dan Ketua JTMK, Noor Hapipah Samat. 

ain nabila azmi
bc12110007

No comments:

Post a Comment