Saturday 11 January 2014

FESTIVAL SKRIN DIGITAL MENYERLAH BAKAT PELAJAR
SELASA, 17 Disember 2013 – Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) telah mengadakan tayangan Festival Skrin Digital, bertempat di Theatrette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni ( SPS ). Tayangan festival skrin digital ini telah dipertandingkan sebanyak 18 buah filem.

Festival Skrin Digital merupakan acara yang mempertandingkan filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar UMS sepanjang semester ini. Tujuan penganjuran festival ini ialah untuk merungkaikan bakat yang terpendam yang ada pada pelajar dan untuk mengasahkan lagi bakat-bakat pelajar yang berminat dalam bidang seperti ini. Penganjuran dan anugerah yang telah ditawarkan dapat membangkitkan semangat pelajar untuk melibatkan diri dalam festival ini.

Dalam pertandingan festival ini filem “Tanduo” telah dinobatkan sebagai filem terbaik dan sekaligus telah membolot sebanyak 6 anugerah.

Filem “Tanduo” membawa kisah tentang perjuangan anak-anak muda yang mempertahankan kampung halaman mereka daripada serangan penceroboh. Pengarah filem ini ialah Mohd Sopi dan merupakan pelajar tahun 3 dalam Program Seni Kreatif.

Dengan mengadakan acara-acara pertandingan yang dapat mengasahkan bakat belajar dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti dan berkaliber,malah bukan sahaja dalam bentuk pengetahuan dan berilimiah tetapi dalam bentuk praktikal selepas bergraduan kelak.

MUHAMMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL

BC12160189

No comments:

Post a Comment