Monday 6 January 2014

SITI NORHAYATI BT SHAMSUDIN
BC12160225
SPPS, SPUHASRAT CIPTA NAMA UMS DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS.
KHAMIS, 02 JANUARI - Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) dan Sekolah Perubatan (SPU) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan program Malaysia Longest Distance Running On A Treadmill By A Group 2014 bermula 20 Januari ini.
     Program tersebut merupakan acara larian secara bergilir-gilir selama 264 jam yang bakal digalas oleh sembilan orang atlet UMS. Mereka terdiri daripada lapan pelari lelaki dan seorang pelari wanita yang bakal berlangsung di pusat membeli belah 1 Borneo, Kota Kinabalu.
     Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, beliau percaya bahawa program tersebut merupakan salah satu cara bagi menambahkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan.
    Sementara itu, beliau turut menasihatkan warga UMS untuk terus berusaha dan menanamkan nilai-nilai positif dalam diri dengan melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Saya bangga dengan usaha yang dilakukan oleh dua buah sekolah ini kerana berani mengambil risiko untuk menganjurkan program yang melibatkan kekuatan fizikal dan mental para peserta,” tambahnya. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan tajaan untuk program tersebut.

No comments:

Post a Comment