Saturday 11 January 2014

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG

JUMAAT, 20 DISEMBER 2013 – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran Sandakan sifatkan Program Jom Ke Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) anjuran bersama Kelab Rakan Mahasiswa ( KARMA ) Universiti Malaysia Sabah dan DBP sebagai sesuatu yang bernilai dan bermakna, kerana program tersebut mampu mencetus minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Pelajar SMK Libaran, Sandakan, Nor Salimah Mohammad, 15, berkata masacuti pada hujung tahun ini dapat dimanfaatkannya melalui penyertaan Program Jom Ke DBP walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

“Saya amat berharap program ini akan dapat dijalankan pada setiap bulan, untuk memberi peluang kepada para pelajar khususnya sekolah menengah untuk mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang banyak untuk mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti bahasa serta kemahiran bagi meningkatkan semangat jati diri pelajar untuk berjaya”.


Dalam program ini pada dasarnya mengajak masyarakat untuk mencintai bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ada dalam budaya masyarakat setempat. Langkah ini adalah bagi mempertingkatkan pengamalan nilai-nilai murni dan segala pengajaran dalam kehidupan seharian serta membentuk masyarakat, khususnya golongan muda untuk menjadi modal insan kelas pertama.


MUHAMMAD ZUHAIRY BIN ISMAIL
BC12160189

No comments:

Post a Comment